KUALA LUMPUR: Cuaca tidak menentu dan penyakit padi sepanjang musim tuaian yang lepas iaitu antara April sehingga Ogos, menyebabkan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran sedikit 'terganggu' di pasaran.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Amir Mat Amin berkata kebiasaannya, secara purata hasil tuaian mampu mencecah tujuh metrik tan sehektar, namun untuk musim lepas ia menurun sehingga hanya empat metrik tan sehektar.
Kekurangan bekalan beras putih tempatan menjadi lebih ketara selepas kenaikan harga beras import yang menyebabkan pengguna beralih kepada beras putih tempatan.
"Ada juga sedikit yang terjejas pengeluarannya disebabkan banjir mengakibatkan hasil tidak dapat dituai. Selain itu faktor peralihan penggunaan turut menyumbang kepada situasi kekurangan bekalan ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ini diakui beberapa peniaga dan pasar raya yang ditemui semasa tinjauan Bernama di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang menyatakan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran sememangnya berkurangan dan sukar diperoleh, ditambah dengan peningkatan permintaan berikutan kenaikan harga beras putih import sejak beberapa bulan lepas.
Pada awal September, Bernas menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 setan kepada RM3,200 setan sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Ini menyebabkan harga beras putih import melonjak daripada RM33 kepada RM39 berbanding beras putih tempatan yang dijual pada harga dikawal, iaitu sekitar RM2.60 sekilogram atau RM26 sekampit.
Bagaimanapun, situasi semasa kini, hampir tiada bekalan beras putih tempatan di kedai runcit atau pasar raya dan pengguna terpaksa membeli beras putih import yang lebih mahal khususnya bagi golongan B40.
Di SELANGOR, seorang pemilik syarikat beras yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong berkata ketiadaan bekalan beras putih tempatan perlu juga dilihat dari faktor musim padi di negeri itu yang akan memulakan tuaian pada pertengahan Oktober dan beras akan dijual pada awal November.
Berdasarkan tinjauan Bernama di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar Sungai Buloh dan Shah Alam juga mendapati tiada stok beras tempatan.
Di MELAKA, tinjauan di beberapa kedai runcit, pasar raya besar dan pasar raya di sekitar Ayer Keroh di sini, didapati rata-ratanya berdepan masalah ketiadaan bekalan beras putih tempatan dan keadaan ini memaksa peniaga makanan menaikkan sedikit harga nasi kerana menggunakan beras import.
Suri rumah Kamaria Ismail, 38, berkata dia terpaksa menggunakan beras import sejak tiga minggu lepas kerana sukar mendapat beras tempatan.
"Pek lima kilogram memang dah lama tak nampak dan 10 kilogram pula, saya sempat beli sekali dan lepas tu sudah tidak ada lagi. Jadi terpaksa beli juga beras import walaupun harganya mahal dan rasanya dah banyak kali naik," katanya yang mengakui perbelanjaan dapurnya kini meningkat memandangkan beliau mempunyai empat orang anak.
Di PAHANG, peniaga Muhammad Yusuf Hashim, 40, berkata beliau tidak memperoleh bekalan beras tempatan sejak sebulan lepas, menyebabkan kedainya di Felda Selancar 2, Rompin hanya menjual beras import buat masa ini.
Usahanya untuk mendapatkan bekalan dari daerah berhampiran termasuk ke Segamat, Johor, juga gagal berikutan ketiadaan bekalan.
"Mulanya tak percaya juga, tapi bila kerap sangat bertanya, ada (pembekal) yang membawa saya ke tempat penyimpanan supaya dapat melihat sendiri tempat itu kosong," katanya.
Seorang pengurus sebuah pasar raya besar di Kuantan yang enggan dikenali berkata bekalan beras tempatan di pasar raya itu mula bermasalah sejak pertengahan Ogos apabila jumlah yang dihantar pembekal berkurangan daripada kuantiti dipesan dan semakin buruk pada awal bulan ini.
Di KEDAH, Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata hasil semakan di 30 premis sekitar negeri mendapati beras Super Spesial Tempatan (SST) tiada di pasaran.
"Daripada semakan yang dijalankan di 30 premis itu hanya dua premis sahaja yang masih mempunyai beras SST, bagaimanapun kuantitinya sangat sedikit...dan benar bahawa hanya beras import yang berada di pasaran sekarang," katanya.
Di PERAK, Pengurus Econsave Bercham GV Rakesh berkata kekurangan bekalan beras tempatan di pasar raya Ecosave Bercham di Ipoh bukan satu perkara baharu bahkan telah berlaku sejak Jun lepas.
Beliau berkata kekurangan bekalan beras tempatan ini menjadi bertambah buruk sejak tiga minggu lalu disebabkan kenaikan harga beras import, selain pihak pengeluar tidak mampu menampung permintaan tinggi orang ramai.
"Kebiasaannya pihak kami mendapatkan bekalan sekitar 2,000 ke 3,000 kampit 10 kilogram (kg) dalam masa seminggu daripada pihak pengeluar... bekalan beras tempatan berkurangan melebihi 50 peratus daripada jumlah kebiasaan yang mampu kami peroleh," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menjalankan catuan pembelian iaitu dua kampit bagi setiap pengguna bagi mengawal bekalan beras di pasar raya itu.
Di PULAU PINANG, beberapa peniaga kedai runcit memaklumkan mereka tidak mendapat bekalan beras putih tempatan daripada pemborong sejak minggu lepas dan jika ada, stoknya sekitar 10 hingga 20 kampit sahaja bagi bungkusan lima dan 10 kg.
Pemilik kedai runcit di Sungai Dua, Ahmad Ridzuan Ahmad Razak, 52, berkata beliau beberapa kali menghubungi pemborong sejak minggu lepas dan dimaklumkan mereka tidak mendapat stok daripada pengeluar ketika ini dan hanya mempunyai beras import sahaja.
"Saya tak pasti sama ada ada pihak di rantaian pengeluaran beras itu menyorokkannya kerana mereka juga mendakwa tiada bekalan, malah saya juga ada ke pasar raya besar untuk beli beras putih tempatan untuk kedai runcit saya tapi tiada stok di sana," katanya.
Berbeza di SARAWAK, tiada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan kerana ia masih boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, namun harga jualan sedikit tinggi berbanding biasa.
Ini berdasarkan tinjauan di beberapa pasar raya di Kuching yang mendapati bekalan beras tempatan masih banyak serta mudah didapati, namun dijual pada harga RM40 ke atas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Kekurangan bekalan beras putih tempatan menjadi lebih ketara selepas kenaikan harga beras import yang menyebabkan pengguna beralih kepada beras putih tempatan. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.

Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.

Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.

25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.

SPRM kesan penyelewengan subsidi, pengilang campur beras tempatan, import
SPRM mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang yang dilesenkan.

Kilang disyaki sorok 180 tan metrik beras tempatan disita
Sebuah kilang beras di Kedah disita, selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000.