TAWAU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras mencukupi bagi rakyat di Sabah serta Sarawak terutamanya menjelang sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
"Berdasarkan status semasa stok beras negara, jumlah stok bekalan beras hingga 14 Mei 2024 sebanyak 1,037,381 tan metrik meliputi 200,000 tan metrik simpanan stok kerajaan dan 837,381 tan metrik stok dagangan.
"Sebanyak 57,500 tan metrik simpanan stok kerajaan ditempatkan di gudang Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Sabah manakala di Sarawak 33,000 tan metrik. Selaras jaminan itu KPKM diarah memantau bekalan beras di peringkat borong dan runcit agar mencukupi selain ia dijual pada harga berpatutan," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Pada Rabu, Arthur turut mengetuai lawatan kerja pemeriksaan ke gudang stok penimbal beras di sini, dan lawatan pemeriksaan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi antara kerajaan dengan BERNAS bagi memastikan simpanan stok beras negara sentiasa cukup dan terjamin serta berada dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, Arthur berkata, 111,478 tan metrik beras putih import (BPI) dibekalkan kepada pasaran di Sabah dengan subsidi RM23.75 juta sebulan, sejajar dengan usaha kerajaan Persekutuan memberikan subsidi RM950 per tan metrik pada harga borong BPI mulai 5 Okt lepas bagi mengimbangi bekalan dan harga beras di Sabah, Sarawak serta Labuan.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan Persekutuan turut menerima baik usaha kerajaan Sabah dalam meningkatkan kadar sara diri (SSR) beras di negeri ini seiring dengan tema Sambutan Pesta Kaamatan 2024 iaitu Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan.
"Antara inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan produktiviti padi di Sabah termasuk menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 kepada RM500 bermula pada 9 Ogos 2023 di seluruh negara termasuk Sabah.
"Kerajaan juga menaikkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak daripada RM900 kepada RM1,300 per tan metrik berkuat kuasa 15 Feb lepas," katanya.
Selain itu, menurutnya, KPKM akan melaksanakan projek rintis Program SMART Sawah Bersekala Besar Ala Sekinchan di Kampung Kesapang Tengah, Kota Belud dengan keluasan 27.81 hektar yang melibatkan 15 peserta dan dijangka bermula Julai ini melalui penggunaan elemen mekanisasi serta automasi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Antara inisiatif dilaksanakan kerajaan Persekutuan termasuk menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 bermula pada 9 Ogos 2023 di seluruh negara termasuk Sabah. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.

Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.

Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.

25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.

SPRM kesan penyelewengan subsidi, pengilang campur beras tempatan, import
SPRM mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang yang dilesenkan.

Kilang disyaki sorok 180 tan metrik beras tempatan disita
Sebuah kilang beras di Kedah disita, selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000.