"Saya mengadakan pertemuan dengan Presiden Pengarah Bulog, Wahyu Suparyono, dan (kami memastikan) stok beras untuk tahun ini dan tahun hadapan siap dan mencukupi," kata Hasan semasa lawatan ke Gudang Bulog, di sini, pada Isnin.
Beliau memberikan jaminan yang stok beras adalah stabil dan dapat memenuhi keperluan rakyat sehingga akhir tahun 2024.
Zulkifli meninjau simpanan beras di Gudang Bulog di Sunter Timur, Kelapa Gading, Jakarta Utara.
Semasa lawatan itu, beliau diiringi oleh Suparyono dan kakitangannya dan melihat sendiri simpanan beras kerajaan sehingga akhir tahun.
Beliau berkata, pihaknya menyelia stok makanan secara langsung di lapangan dan bukan hanya melalui data atau rekod untuk memastikan keselamatan dan ketersediaan bahan makanan negara.
Zulkifli menjelaskan, stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
Sementara itu, ribuan gudang di seluruh Indonesia menyokong bekalan beras yang seimbang.
Pada masa ini, Bulog mempunyai lebih 1,508 gudang dengan jumlah kapasiti sebanyak empat juta tan, yang berfungsi untuk mengekalkan kestabilan, ketersediaan, dan harga beras di pasaran.
Simpanan beras nasional mencapai dua juta tan menjelang akhir tahun dan dengan bekalan itu, kerajaan optimis dapat memenuhi keperluan masyarakat serta mengekalkan kestabilan harga makanan.
Zulkifli menggesa orang ramai dan peniaga untuk tidak bimbang mengenai bekalan beras domestik kerana kerajaan mengambil langkah optimum bagi memastikan ketersediaannya. - BERNAMA-ANTARA