ALOR SETAR: Sebuah kilang beras di Kedah disita, selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000, menerusi Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang dijalankan semalam.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata pemeriksaan ke atas kilang itu mendapati, beras bergred Super Spesial Tempatan 5% (SST5) atau beras putih tempatan (BPT) di dalam kampit jumbo berjumlah 180 tan metrik, disorok di gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen.
"Buat masa ini lokasi dan nama syarikat kilang itu tidak boleh didedahkan, supaya tidak mengganggu kes yang masih dalam siasatan...ini merupakan sitaan pertama di bawah OP BPT.
"Cuma saya dimaklumkan, pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melakukan operasi seperti biasa setiap masa. Pada hari Sabtu yang lalu KPB juga ada melakukan operasi dan menyita beras di sebuah kilang di sini," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pemantauan ke atas sebuah kilang beras di sini hari ini.
Chan berkata kes itu sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996.
Beliau turut memberi amaran kepada pihak yang berkenaan, supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan menegaskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta anggota-anggota pasukan petugas, akan bertindak tegas terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan sedia ada.
Chan berkata setakat ini, pasukan petugas OP BPT telah melakukan pemeriksaan ke atas lapan pemborong dan enam pengilang beras di Kedah, bagi mengesan sebarang kegiatan menyorok beras, menukar kampit dan mencampurkan beras putih tempatan dan beras putih import.
Sementara itu, mengulas mengenai gesaan petani di negeri ini agar harga belian padi oleh pengilang dinaikkan, Chan berkata kementeriannya memahami masalah yang dihadapi pesawah dan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap isu itu.
Namun, beliau menegaskan sebarang penyelarasan terhadap harga belian padi, perlu seiring dengan harga runcit yang dikenakan terhadap pengguna, bagi mengelakkan kerugian kepada pihak pemborong dan pengilang.
Mengulas mengenai cadangan sesetengah pihak agar kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dinaikkan, Chan berkata kerajaan baharu sahaja menaikkannya daripada RM360 per tan metrik kepada RM500 per tan metrik pada Ogos lalu.
"Jadi saya rasa dalam dalam masa terdekat ini untuk naikkan lagi bukan sesuatu yang senang, jadi kita akan melihat daripada sudut yang lain untuk memuaskan hati semua pihak dan pihak berkepentingan dalam industri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Beras terbabit disorok di gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen. - Gambar/ FB Chan Foong Hin
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.

Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.

Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.

25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.

SPRM kesan penyelewengan subsidi, pengilang campur beras tempatan, import
SPRM mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang yang dilesenkan.

Kilang disyaki sorok 180 tan metrik beras tempatan disita
Sebuah kilang beras di Kedah disita, selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000.