KOTA BHARU: Kerajaan negeri meminta para atlet serta pemain sukan untuk mengurangkan aktiviti sukan termasuk latihan di tempat terbuka berikutan cuaca panas sedang melanda negara ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak bercadang untuk menutup pusat sukan mahupun stadium.
"Majlis Sukan Negeri juga telah melakukan perjumpaan serta perbincangan dengan jurulatih serta pengurus sukan untuk mendapatkan solusi bagi berdepan musim kemarau yang berlaku kini termasuk cadangan untuk melakukan latihan di tempat tertutup.
"Kita seboleh-bolehnya ingin mengehadkan aktiviti luar terutama ketika cuaca panas, sekali gus mengurangkan risiko kesihatan terhadap atlet serta pemain sukan. Kita tidak mahu berlaku sebarang kejadian tidak diingini termasuk kes kematian membabitkan strok haba kepada para atlet dan ahli sukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 144H Pas Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad V. Hadir sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan kepimpinan tertinggi Pas Kelantan.
Sementara itu, dalam perkembangan sama Ahmad menasihatkan rakyat negeri ini agar berwaspada dan tidak terdedah dengan cuaca panas yang luar biasa ini, sekali gus bekerjasama menghindari kes strok haba.
"Kita tidak pernah mengalami cuaca yang sangat panas ini. Oleh itu, rakyat diminta agar terus berhati-hati selain menjaga kesihatan terutama kerap minum air dan mengurangkan aktiviti luar," katanya.
Mengulas mengenai rumah terbuka, Ahmad berkata pihaknya menyasarkan 50,000 pengunjung hadir pada majlis berkenaan yang dilengkapi dengan sebanyak 33 gerai menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota di sini meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya satu kes kematian akibat stok haba di Kelantan melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun.
--BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023

Majlis Sukan Negeri telah melakukan perbincangan dengan jurulatih serta pengurus sukan untuk mendapatkan solusi bagi berdepan musim kemarau. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.

Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.

Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.

Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.

Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.