KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Rabu menunjukkan sedikit penurunan kepada 1,977 kes berbanding 2,375 kes pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.815 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak enam tiga kes kematian dicatat semalam di mana dua kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 27,158 dan 95.4 peratus atau 25,915 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,178 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU di mana 41 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,018 kes sembuh.