Ini kerana terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres berkenaan termasuk prosedur dan tatacara pengendaliannya tidak dibuat dengan teratur.
Perkara itu dibuat bertujuan untuk memohon PJS menilai semula proses kongres tersebut selain mengaktifkan semula persatuan tersebut daripada digantung.
"Kami sudah menghantar surat kepada PJS untuk mendapat rujukan mengenai terma dan rayuan pada 3 Januari.
"Kami menunggu maklum balas daripada PJS berikutan proses selanjutnya.
"Saya masih menekankan kaedah yang perlu diikuti untuk menegakkan kebenaran," ujar Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah. .
Tambah beliau, pihaknya masih berasakan bahawa penggantungan itu dibuat secara terburu-buru kerana kami tidak membuat apa-apa pelanggaran obligasi.
"Seperti contoh, di bawah artikel 17 untuk mana-mana ahli yang digantung, mereka hendaklah didapati melakukan pelanggaran obligasi secara serius dan berulang-ulang.
"Dalam kes kami, kami tidak membuat apa-apa pelanggaran. Kami mengadakan mesyuarat agung tetapi secara teknikalnya didapati oleh Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM sebagai tidak sah.
"Jadi apa yang perlu dilakukan ialah mengadakan semula mesyuarat agung," kata Afandi kepada Nadi Arena.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com