Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata esok adalah hari terakhir bagi kerajaan negeri menyatakan bentuk bantuan yang akan diberikan kepada KAFA yang sedang menghadapi masalah kewangan kritikal.
"Setakat ini, kita masih berpegang kepada hasil perbincangan antara KAFA dan kerajaan negeri sebelum ini dan KAFA sudah memberikan segala penjelasan mengenai masalah kewangan yang dihadapi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Turut hadir bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang enggan memberi sebarang ulasan berhubung isu kewangan badan induk sukan bola sepak negeri ini.
KAFA akan memutuskan sama ada kekal atau menarik diri daripada menyertai Liga-M pada Jumaat ini iaitu hari terakhir pendaftaran pemain dalam liga tersebut.
Persatuan itu dilaporkan mahu menarik diri daripada Liga-M 2017 memandangkan KAFA hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil sedangkan mereka memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abd Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri bercadang tidak mengenakan cukai hiburan bagi perlawanan Liga M di negeri ini.
Beliau berkata kerajaan negeri ingin melihat Kelantan kekal beraksi dalam Liga M dan tidak ingin memberikan sebarang tekanan kepada KAFA.
"Kita akan berusaha membantu dan mana-mana penaja yang ingin menaja diharap akan terus kepada KAFA. Kita juga akan menghubungi pihak penaja untuk dilakukan perbincangan," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 04 2017

Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata esok adalah hari terakhir bagi kerajaan negeri menyatakan bentuk bantuan yang akan diberikan kepada KAFA. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA
Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.

KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.

Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA
Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden JDT Julai tahun lepas.

KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas badan induk bola sepak negeri itu yang berlangsung malam ini.

Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan
Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, menjelaskan pihaknya telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup penyertaan 30 November.

Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan
Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden FAM bakal terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.

'FAM teliti dakwaan TMJ'
Persatuan Bolasepak Malaysia sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.

Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia
Juara bertahan Piala Malaysia, Selangor berdepan laluan sukar selepas diundi bersama juara dua kali, Kelantan dan Pahang FC selain Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.

FAM setuju tindakan FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan pasukan Pahang dipotong enam mata setelah badan induk dunia itu meneliti proses