KUALA LUMPUR: Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum) melancarkan Kod Kandungan 2022 (Content Code 2022) yang berupaya menjadi panduan komprehensif dengan menggariskan amalan terbaik dan piawaian standard untuk penciptaan dan penyusunan kandungan.

Pengarah Eksekutifnya, Mediha Mahmood berkata, kod berkenaan adalah komitmen pihaknya memajukan industri kandungan setanding global.

Kata Mediha, Content Code 2022 itu juga adalah hasil daripada proses yang meluas melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk orang awam di seluruh negara, selain kira-kira 1,245 serahan bertulis diterima melalui maklum balas dijalankan dalam beberapa siri dialog serta perjumpaan tahun lalu.

“Pendapat umum membantu kami mengenal pasti dan menangani beberapa kebimbangan yang berlaku di dalam industri kandungan.

"Content Forum percaya bahawa penggubalan dasar terbaik dilaksanakan bukan sahaja melibatkan penggubal dasar dan pengawal selia tetapi juga setelah berunding dengan industri, pihak berkepentingan dan masyarakat umum,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menambah, kod berkenaan juga bertujuan menyumbang secara signifikan sebagai garis panduan untuk menangani pelbagai isu dalam pengguna semasa sekali gus mengelak sebarang kandungan serta maklumat berbahaya.

“Ini antara lain termasuk eksploitasi agama dalam produk pengiklanan, pelaporan berkaitan bunuh diri dalam pemberitaan, pengiklanan mengelirukan oleh pempengaruh dan mengelak kebimbangan mendesak mengenai pengiklanan kanak-kanak, penderaan dalam talian, keganasan berasaskan jantina dan kebolehcapaian maklumat untuk orang kurang upaya (OKU),” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Content Forum Kenny Ong berkata, usaha berterusan memupuk wacana mengenai ekosistem kandungan yang kompleks dalam kalangan pihak berkepentingan utama industri perlu diadakan untuk mewujudkan suasana kandungan global lebih sihat, antaranya melalui sesi dialog. 

Katanya, sesi dialog bertajuk Content: Who’s In Control?: A Dialogue in conjunction with the launch of Content Code 2022 yang diadakan hari ini turut menampilkan ahli panel hebat. 

Antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Astro Euan Daryl Smith; Mediha; Pengarah Dasar Awam, Ruben Hattari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TV Networks, Nini Yusof dan Country Manager, Dinesh Ratnam.

“Kami bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam industri utama untuk memajukan standard kandungan negara. Ahli panel kami membawa pandangan berbeza yang mengenai kawalan serta memberi penerangan tentang cara industri mengendalikan halangan daripada industri yang tertumpu kepada media tradisional.

“Perbincangan berterusan seperti dan penglibatan dengan adalah sesuatu yang kami akan teruskan di masa depan. Ini cara Content Code dirangka dan terus memupuk landskap kandungan progresif untuk semua rakyat Malaysia pada generasi akan datang,” katanya.



Ditubuhkan pada 2004, Content Code menggariskan amalam terbaik dan piawaian etika untuk penciptaan dan penyusunan kandungan yang disediakan oleh Content Forum di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).