KUALA LUMPUR: China bersedia bekerjasama dengan Malaysia, menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik sebagai titik permulaan baharu, untuk menyelaraskan strategi pembangunan, mempereratkan kerjasama yang saling mendatangkan manfaat dan meningkatkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Li, yang sedang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, berkata China juga bersedia mempromosikan pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan dan memberikan sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan, pembangunan, dan kemakmuran rantau ini serta dunia secara keseluruhan.
"Pada masa ini, China sedang memajukan pemodenan warga China secara menyeluruh melalui pembangunan berkualiti tinggi. Malaysia, di pihaknya, mempromosikan pembangunan negara di bawah visi Malaysia MADANI. China bersedia bekerjasama dengan Malaysia...," katanya dalam kenyataan ketibaan yang disediakan kepada Bernama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa.
Ini merupakan lawatan pertama Li ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Mac tahun lepas.
Lawatannya berbetulan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, selepas penandatanganan Kenyataan Bersama antara Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu Chou En Lai pada 31 Mei 1974.
Menurut Li, sepanjang 50 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik, hubungan China-Malaysia telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik.
"Kami telah mengukuhkan kepercayaan strategik bersama, memperhebatkan pertukaran antara rakyat, dan mencapai hasil yang memberangsangkan dalam kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi.
"Malaysia adalah ekonomi memuncul yang utama di Asia, ahli utama ASEAN, dan mempunyai peranan penting untuk kemakmuran serta kestabilan serantau," kata Li.
Perdana Menteri itu berkata pertumbuhan hubungan China-Malaysia telah membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberikan sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan di rantau ini.
Li berkata beliau berbesar hati untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, saya ingin menyampaikan salam mesra dan ucap selamat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Anwar mencapai persefahaman penting mengenai pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan, membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala.
Dalam lawatan rasminya kali ini, beliau "menantikan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan bertemu Perdana Menteri Anwar untuk perbincangan mendalam mengenai pembinaan komuniti berkongsi masa depan China-Malaysia dan mempereratkan kerjasama strategik menyeluruh kami."
"Saya juga akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia dan Tahun Persahabatan China-Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024
![China sedia kerjasama dengan Malaysia untuk bina komuniti China-Malaysia China sedia kerjasama dengan Malaysia untuk bina komuniti China-Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718746554_TBLIQIANG.jpg)
Li Qiang (kiri) beramah mesra bersama Anthony Loke selaku Menteri Pengiring sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA. - Foto BERNAMA
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju selesai isu Laut China Selatan secara aman Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju selesai isu Laut China Selatan secara aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718880080_tbKompleksSeriPerd.jpg)
Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju selesai isu Laut China Selatan secara aman
Kedua-dua negara menegaskan rundingan perlu dilakukan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara umum.
![Kenyataan bersama: Malaysia-China mahu rakyat Gaza dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa Kenyataan bersama: Malaysia-China mahu rakyat Gaza dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718877018_tbMalaysiaChina.jpg)
Kenyataan bersama: Malaysia-China mahu rakyat Gaza dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang menyeru bantuan kemanusiaan tanpa halangan dan perlindungan bantuan kemanusiaan termasuk kepada kakitangan perubatan.
![Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718864381_tbChinadanMalaysia.jpg)
Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa
China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 sementara Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.
![Kenyataan bersama: Malaysia iktiraf Taiwan tidak boleh dipisah dengan China Kenyataan bersama: Malaysia iktiraf Taiwan tidak boleh dipisah dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718863603_tbdinner.jpg)
Kenyataan bersama: Malaysia iktiraf Taiwan tidak boleh dipisah dengan China
Malaysia mengiktiraf bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara China yang tidak boleh dipisahkan bagi republik itu mencapai penyatuan semula negara itu.
![Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718867911_tbLiQiang.jpg)
Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri China Li Qiang berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini.
![Fokus manfaat daripada kerjasama, persahabatan dengan China - Anwar Fokus manfaat daripada kerjasama, persahabatan dengan China - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718863603_tbdinner.jpg)
Fokus manfaat daripada kerjasama, persahabatan dengan China - Anwar
Malaysia mahu mendapatkan manfaat dan peluang untuk belajar menerusi kerjasama dan hubungan baik dengan China.
![China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718840917_PerdanaMenteriChin.jpg)
China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li
China juga mempertingkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam pembasmian kemiskinan, untuk mencapai manfaat bersama yang lebih baik.
![Hubungan Malaysia-China contoh terbaik di rantau ini, Li Qiang cadang empat langkah untuk maju ke hadapan Hubungan Malaysia-China contoh terbaik di rantau ini, Li Qiang cadang empat langkah untuk maju ke hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718813320_TBLiQiang.jpg)
Hubungan Malaysia-China contoh terbaik di rantau ini, Li Qiang cadang empat langkah untuk maju ke hadapan
China akan terus bekerjasama dengan Malaysia dalam meningkatkan persahabatan dan hubungan dua hala untuk manfaat bersama dan masa depan yang lebih cerah bagi kedua-dua negara.
![Hubungan China-Malaysia ibarat landasan kereta api dengan masa depan cerah - Li Qiang Hubungan China-Malaysia ibarat landasan kereta api dengan masa depan cerah - Li Qiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718811702_TBLiQiang.jpg)
Hubungan China-Malaysia ibarat "landasan kereta api dengan masa depan cerah" - Li Qiang
Perdana Menteri China Li Qiang hari ini mengulangi pendirian Malaysia sebagai jiran rapat dan rakan kongsi penting, menekankan komitmennya untuk mengukuhkan kerjasama dan memajukan pembangunan bersama
![PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718799479_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 antara Malaysia dan China.