SEPANG: Perdana Menteri China Li Qiang berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini.
Li diberikan sambutan permaidani merah bagi upacara berlepas pulang, serta kawalan kehormatan oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) yang diketuai Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.
Penerbangan Air China yang membawa Li dan delegasinya berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 2.15 petang.
Hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada Li ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad, dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Terdahulu Li menghadiri majlis makan tengah hari bersama dengan komuniti ahli perniagaan dari kedua-dua negara di Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Ministry of Commerce China (MOFCOM).
Dalam lawatan sulungnya ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada bulan Mac tahun lepas, Li mengadakan perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, di samping saling bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan 14 memorandum persefahaman dan perjanjian (MoU dan MoA), melibatkan sembilan kementerian Malaysia.
Li turut mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dan menghadiri majlis pecah tanah Stesen Terminal Bersepadu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Gombak bersama Anwar.
Projek ECRL yang dijadualkan siap pada 2026 itu menjadi bukti kekukuhan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Beijing.
Laluan ECRL sepanjang 665km bermula dari Kota Bharu dan berakhir di Pelabuhan Klang akan melibatkan 20 stesen, termasuk 10 stesen penumpang dan 10 stesen yang menggabungkan pengangkutan barang dan penumpang.
Kedua-dua pemimpin turut menghadiri majlis makan malam sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China di Kuala Lumpur, dan saling bertukar buku mewah.
Li menghadiahkan Anwar buku bertajuk '50th Anniversary of China-Malaysia Diplomatic Ties Hand in Hand for Win-Win Cooperation', manakala Anwar menyampaikan buku bertajuk 'Ties that Bind' kepada Li.
China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Tahun lepas jumlah perdagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion), mewakili 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia.
Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah wujud sejak Pernyataan Bersama Malaysia-China ditandatangani pada 31 Mei 1974 oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri China ketika itu Chou En Lai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Li Qiang diberi sambutan permaidani merah bagi upacara berlepas pulang, serta kawalan kehormatan oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat). - Foto Bernama
OP SELAMAT 23: Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
Selamat ke-23 sempena Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berakhir pada 2 Februari lepas menyaksikan penurunan kes kemalangan sebanyak 902 kes atau 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Floodcom: Pusat gerakan banjir terapung pertama Malaysia guna teknologi nuklear
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mencipta sejarah dengan membangunkan pusat gerakan bencana banjir terapung pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi nuklear secara aman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelakon dan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina agama Islam akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin.
'Orang cadang MCA disingkir daripada BN hanya mimpi di siang hari'
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).
Azalina koordinasi gag order dengan AGC
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said yang membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum yang disebut di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.
Jangan di Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister' - Ketua Pembangkang
"Saya ada juga dengar khabar, seseorang yang dimaksudkan itu seolah-olah telah menjadi Perdana Menteri (PM) de facto. Dialah yang berkuasa dan mendapat segala-galanya yang dikehendaki termasuklah segala macam penguasaan dalam syarikat-syarikat," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ketika mencelah semasa sesi perbahasan di Parlimen.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Tiada perlindungan kepada pemberi maklumat yang buat pendedahan umum
Kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) untuk melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada umum sebelum disalurkan kepada agensi penguatkuasaan.
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Perdana Menteri China di Beijing
Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sukacita berada di Beijing untuk lawatan negara dan berbesar hati dengan sambutan mesra, layanan dan aturan lawatan yang disediakan.
Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri China Li Qiang berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini.
Hubungan China-Malaysia ibarat "landasan kereta api dengan masa depan cerah" - Li Qiang
Perdana Menteri China Li Qiang hari ini mengulangi pendirian Malaysia sebagai jiran rapat dan rakan kongsi penting, menekankan komitmennya untuk mengukuhkan kerjasama dan memajukan pembangunan bersama
PM Anwar rai rakan sejawat Li Qiang dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana.
Hubungan China-ASEAN model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya - PM China
Perdana Menteri China Li Qiang menyifatkan hubungan China-ASEAN sebagai model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya dan dinamik.
Kerjasama ASEAN-China kekal utuh - PM China
Li berkata kerjasama antara China-ASEAN telah menempuh pelbagai liku, berkat pemahaman yang mendalam mengenai cabaran.
PM Anwar ucap tahniah kepada Li Qiang
Agensi berita China Xinhua melaporkan Li, 63, disahkan sebagai Perdana Menteri China pada pagi Sabtu, selepas dicalonkan oleh Presiden Xi Jinping.
PM China ucap tahniah kepada Anwar
Li berkata secara tradisinya China dan Malaysia adalah jiran seberang laut.