KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi komitmen teguhnya terhadap Dasar Satu China, seperti termaktub dalam Komunike Bersama yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara pada 31 Mei 1974.


Ringkasan AI
  • Malaysia mengulangi komitmen teguhnya terhadap Dasar Satu China, seperti yang termaktub dalam Komunike Bersama yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara pada 31 Mei 1974.
  • Menurut Dasar Satu China, Malaysia juga mengiktiraf bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara China yang tidak boleh dipisahkan. Kuala Lumpur dengan tegas menegaskan bahawa ia tidak akan menyokong sebarang seruan untuk kemerdekaan Taiwan.
  • Selain itu, Malaysia dan China juga bersetuju untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan meningkatkan pertukaran serta kolaborasi dalam hal keselamatan negara.


Selaras dengan Dasar Satu China, Malaysia juga mengiktiraf bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara China yang tidak boleh dipisahkan bagi republik itu mencapai penyatuan semula negara itu.

Justeru, Kuala Lumpur menegaskan tidak akan menyokong sebarang seruan untuk kemerdekaan Taiwan.

"Kedua-duanya negara mengesahkan komitmen mereka untuk melindungi kestabilan sosial, keselamatan negara dan meningkatkan perpaduan negara," demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Malaysia-China, hari ini.

Pendirian tersebut antara yang dinyatakan sempena lawatan kerja Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Dalam masa sama, kedua-dua pemimpin negara dengan tegas menyokong satu sama lain dalam mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan, dan keutuhan wilayah, serta mematuhi prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Selain itu, Malaysia-China bersetuju untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan meningkatkan pertukaran dan kolaborasi keselamatan negara.

"Kedua-dua pihak mengulangi penentangan terhadap sebarang bentuk keganasan dan akan mengukuhkan
kerjasama dalam keselamatan penguatkuasaan undang-undang dan anti-keganasan, bersama-sama menangani jenayah rentas sempadan dan menyumbang kepada wilayah keamanan dan kestabilan," jelas kenyataan bersama itu lagi.