Cadangan memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu ke dalam peta pasport Filipina bukan langkah terbaharu atau pendirian rasmi kerajaan negara itu, menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Kamarudin Jaffar.
Beliau berkata perkara itu merupakan cadangan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan Filipina untuk mewujudkan rang undang-undang gantian bagi meminda, mengganti atau memansuhkan Akta Pasport Filipina 1996.
"Kementerian ini sedang memantau rapi perkembangan cadangan Rang Undang-Undang Dewan 6399 oleh ahli Dewan Perwakilan Filipina ini.
"Cadangan yang dikemukakan itu bukanlah pendirian rasmi kerajaan Filipina, ia adalah polemik yang sengaja diulang dari ahli politik Filipina bagi tujuan hanya untuk meraih sokongan politik domestik Filipina semata-mata," katanya ketika menggulung usul Kamar Khas di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Ujarnya, kerajaan sedang mempertimbang beberapa opsyen sebagai reaksi balas berdasarkan perkembangan situasi atau status cadangan rang undang-undang itu.
"Kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas. Opsyen yang ada pada kita tidak hanya terbatas kepada tindakan-tindakan yang kita telah ambil sebelum ini (kemuka nota bantahan, mengeluarkan kenyataan media atau memanggil Duta Besar Filipina ke kementerian)," katanya.
Kamarudin berkata negara tidak akan berkompromi dan mengiktiraf sebarang bentuk tuntutan oleh mana-mana pihak asing ke atas Sabah.
Beliau turut menegaskan isu tuntutan terhadap Sabah oleh Filipina adalah tidak berasas dan tidak relevan kerana Sabah merupakan negeri dalam Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub dalam laporan Suruhanjaya Cobbold bertarikh 1 Ogos 1962.
Mengulas lanjut, beliau berkata pada 14 Sept 1963, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kepada Perhimpunan Agung PBB bahawa rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia manakala pada 16 Sept 1963, Sabah menyertai Persekutuan Malaysia secara rasmi.
Terdahulu, Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) membawa usul bagi Dewan Rakyat membahaskan isu kemasukan Sabah dan EEZ sejauh 200 batu sebagai sebahagian daripada peta pada muka hadapan pasport Filipina dengan tujuan menekan dan menegaskan tuntutan negara itu ke atas Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020

KAMARUDIN: Ia polemik yang sengaja diulang dari ahli politik Filipina bagi tujuan meraih sokongan politik domestik Filipina semata-mata. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Belanjawan 2025: KPK kemuka dua cadangan perkasa industri sawit
Kementerian Perladangan dan Komoditi mengemukakan dua cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.

MOT pelawa orang ramai beri cadangan RC, VEP di sempadan Malaysia-Thailand
MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangun sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di 8 pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.

Runding cara baik, tanpa belakangkan Perlembagaan - PM
Setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengn baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen, dan prinsip Raja Berperlembagaan.

Perjanjian Bijirin: PBB hantar cadangan pulih semula perjanjian Laut Hitam pada Rusia
PBB percaya telah membentangkan cadangan yang boleh mejadi asas untuk pembaharuan perjanjian dan ia adalah stabil.

Bursa minta maklum balas awam mengenai rangka kerja dipertingkatkan bagi penasihat pasaran utama
Bursa juga mencadangkan pindaan ke atas Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama bagi kejelasan dan konsistensi.

Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan - Exco
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.

Mega dan megah... Jokowi kongsi cadangan reka bentuk ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan
Perkongsian video itu menerima jutaan komen daripada pengikut Instagram Jokowi, yang mengetengahkan pelbagai maklum balas.

Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelari semula pembelajaran yang tertinggal.

Olimpik Tokyo: Presiden IOC tolak dakwaan ia dibatalkan, tetap anjurkan
Jelas Bach, ketika ini, temasya tersebut bukan mengenai adakah ia akan berlangsung, sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.