KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengeluarkan kertas perundingan untuk meminta maklum balas awam mengenai cadangan pindaan terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama berkaitan dengan rangka kerja dipertingkatkan bagi penasihat Pasaran Utama dan penyerahan cadangan korporat.
Menurut kenyataan pada Rabu, Bursa Malaysia menjelaskan cadangan pindaan itu termasuk menjajarkan rangka kerja Penasihat Utama di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dengan rangka kerja Penasihat Utama Diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi Pasaran Utama.
Langkah mempertingkatkan kebertanggungjawaban Penasihat Utama Diiktiraf dan pengawai utamanya yang terlibat dalam menyerahkan beberapa cadangan korporat penting kepada pihak bursa turut terkandung dalam cadangan berkenaan, menurutnya.
"Bursa juga mencadangkan pindaan ke atas Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama bagi kejelasan dan konsistensi, seperti penjelasan mengenai kelayakan penasihat bebas bagi Penjualan Utama dan penarikan balik daripada penyenaraian secara sukarela.
"Ia juga termasuk keperluan penyelesaian Program Akreditasi Mandatori oleh pengarah-pengarah pihak pemohon sebelum penyenaraian," tambah Bursa Malaysia.
Kertas perundingan mengenai cadangan pindaan terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama itu kini tersedia di https://www.bursamalaysia.com/regulation/public_consultation.
Pihak bursa mengalu-alukan pandangan daripada orang awam.
Pihak yang berminat dipelawa mengemukakan pandangan dan maklum balas mereka kepada Bursa Malaysia sebelum 14 Sept, 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021

Pihak yang berminat dipelawa mengemukakan pandangan dan maklum balas mereka kepada Bursa Malaysia sebelum 14 Sept, 2021. - Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.