BESTARI JAYA: Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam peringkat perbincangan dan Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti pandangan pakar berkaitan, kata Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian.
Beliau berkata banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum keputusan berhubung status penyahwartaan hutan itu dilakukan termasuk soal ekonomi, pembangunan dan kebajikan Orang Asli.
"Saya juga mengambil kira pandangan daripada pakar, profesor, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti lain tentang sama ada hutan itu patut dinyahwartakan atau tidak.
"Kita menghormati pandangan badan bukan kerajaan (NGO) serta Orang Asli dan sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan melihat semua aspek bukan setakat hutan sahaja tetapi juga aspek ekonomi, Orang Asli dan pembangunan," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Warta Tanah Tokong di sini pada Ahad.
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.
"Kita tidak akan mengurangkan jumlah hutan simpan di negeri Selangor. Sebab itu kita kena fikir banyak aspek kerana kalau kita nak keluarkan, kena cari ganti yang lebih berkualiti daripada yang sedia ada, itu adalah polisi kita.
"Jadi untuk membuat pembangunan di negeri Selangor, kita akan pastikan jumlah keluasan hutan dikekalkan atau lebih daripada 32 peratus," katanya.
Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang diwartakan pada 13 Mei 1927 dan terletak di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, Selangor mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun 2020.
Notis itu, yang bertujuan mendapatkan pandangan umum berikutan cadangan pemansuhan pewartaan hutan tersebut, mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat terutama komuniti Orang Asli yang bergantung hidup dengan sumber hutan sejak ratusan tahun lamanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Orang Asli, Kampung Orang Asli Busut Baru, Samsul Anak Senin (depan) meninjau Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hutan Simpan Kuala Langat terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran hutan tersebut masih dalam siasatan.
Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan - Exco
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.