PRESIDEN Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach menolak pelbagai dakwaan berkaitan temasya sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan.

Jelas Bach, ketika ini, persoalannya bukan sama ada temasya akan berlangsung atau tidak, sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.

“Tugas kami adalah untuk menganjurkan Sukan Olimpik , bukan untuk membatalkannya. Dan tugas kami adalah untuk memakstikan impian atlet Olimpik menjadi kenyataan.

"Oleh itu, kami berusaha siang dan malam menganjurkan sebuah temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang selamat. Ini sebabnya kami tidak mahu menambah kepada spekulasi yang tidak benar,” katanya.

BACA: "Olimpik Tokyo batal? Atlet bukan berlatih untuk temasya itu sahaja" - MSN

BACA: Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo

Bach memberi bayangan antara cadangan yang dibincangkan termasuk berkenaan penundaan lagi dan penukaran venue ke bandar lain.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan, saranan untuk membatalkan temasya sukan ini ditolak walaupun pandemik masih menular ketika ini.

Bagaimanapun beliau akui, perkembangan krisis COVID-19 membolehkan apa-apa perkara terjadi.

BACA: MOM yakin Sukan Olimpik berlangsung ikut jadual

BACA: Olimpik: Ada bagi nasihat, tapi bukan pembuat keputusan - WHO