PUTRAJAYA: Kerajaan bakal memperluaskan sistem peraturan caj jalan (RC) serta permit kemasukan kenderaan motor asing (VEP) ke Sempadan Darat Malaysia-Thailand dan susulan itu, orang ramai digalakkan untuk mengemukakan cadangan bagi membangun dan mengoperasikan sistem tersebut.
Terdahulu, pelaksanaan ini sudah pun diperluaskan ke Sempadan Darat Malaysia-Singapura.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,mana-mana pihak yang berkelayakan dan telah mengemukakan cadangan yang kompetitif, akan dilantik dan diberi kuasa oleh MOT bagi melaksanakan fungsi pengurusan pendaftaran VEP dan kutipan caj RC bagi pihak Pegawai Pengangkutan Jalan, untuk suatu tempoh yang akan ditetap dan diluluskan kemudian.
"Bagi menilai kebolehlaksanaan dan kaedah pelaksanaan yang lebih kompetitif, tiada sebarang suntikan perbelanjaan Kerajaan akan dikeluarkan oleh MOT bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian sistem tersebut.
"Sebaliknya, semua kos hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang berminat. Pihak yang berminat boleh mengemukakan cadangan mengenai model-model perniagaan yang akan dipertimbangkan selanjutnya di dalam tawaran pihak syarikat.
Beliau berkata demikian ketika sidang media mengenai penguatkuasaan Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) Selatan pada Selasa.
Tambahnya, MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangunkan sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di lapan pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.
Susulan kepada sesi taklimat, semua pihak berminat boleh mengemukakan cadangan masing-masing mulai 1 Julai 2024 dengan tarikh akhir mengemukakan cadangan ditetapkan pada 1 September 2024.
Mana-mana pihak yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari https://bit.ly/RCVEPMsiaThailand. Sebarang pertanyaan boleh emel kepada amirul@mot.gov.my serta arbi@mot.gov.my.
Sejak April 2019, MOT telah melaksanakan pendaftaran VEP kepada pemilik kenderaan asing yang merentasi Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor serta Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Demi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan-peraturan jalan raya di Malaysia sepenuhnya, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa peraturan VEP ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Oktober 2024.
Mereka yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit masuk atau VEP sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia adalah melakukan kesalahan selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan kompaun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan seperti mana ketetapan Seksyen 119 (2) di bawah Akta 333.
Pia Ernadya
Tue May 28 2024
Susulan kepada sesi taklimat, semua pihak berminat boleh mengemukakan cadangan masing-masing mulai 1 Julai 2024 dengan tarikh akhir mengemukakan cadangan ditetapkan pada 1 September 2024.- Gambar Bernama
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Subsidi tambang penerbangan musim perayaan kurangkan rungutan rakyat - Loke
Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi mengurangkan rungutan rakyat mengenai harga tiket penerbangan yang mahal.
Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.
KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.