KUALA LUMPUR: Setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengn baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen, dan prinsip Raja Berperlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anwar berkata ini termasuk pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mencadangkan agar lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk pemantauan secara terus terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
"Kita boleh runding dengan baik tetapi prinsip Perlembagaan, (sistem) demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan itu tetap dipertahankan dan kita junjung prinsip yang sama.
Jadi tidak harus ada kebimbangan kalau ada kenyataan dan pandangan termasuk daripada Sultan Johor. Pandangan ini boleh dibawa bincang tetapi tidak akan mempengaruhi dasar negara dan prinsip kita tentang Raja Berperlembagaan," katanya.
Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas cadangan Sultan Johor dan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pameran "Perjalanan Menelusuri Seni Islam" dan "Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim" sempena sambutan ulang tahun ke-25 Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di sini malam ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata titah cadangan Sultan Ibrahim supaya SPRM dan Petronas dipantau secara langsung oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh diambil ringan.
Anwar juga berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir.
"Dia (Dr Mahathir) hanya melontarkan pandangan dan kita bincang. Bagi saya tiada masalah. Pandangannya tidak langsung akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan negara kita," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-25 Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) dan Pameran 'Perjalanan Menelusuri Seni Islam' dan 'Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim di Muzium MKIM malam ini. - BERNAMA
Cortana langgar paten, Microsoft diarah bayar ganti rugi AS$242 juta
Saman difailkan pada tahun 2018 tetapi hanya mula dibicarakan seminggu lalu.
Apple dilapor semakin hampir dalam kerjasama guna teknologi OpenAI pada iOS 18
Selain OpenAI, Apple turut berbincang bersama Google untuk penggunaan Gemini pada iOS 18, tetapi masih belum mencapai tahap perbincangan seperti OpenAI setakat ini.
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Pertemuan Anwar, Sheikh Mohammed medan terbaik Malaysia faham situasi terkini di Gaza
Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan memandangkan negara itu merupakan orang penting dalam rundingan antara Palestin dan Israel.
Penunjuk perasaan pro-Palestin dan polis Florida bertempur
Penunjuk perasaan pro-Palestin bertempur dengan polis di Orlando, Florida, pada Sabtu.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Letupan dahsyat, asap hitam penuhi utara Gaza
Tentera Israel menyeru penduduk Palestin yang berlindung di kawasan Jabalia di utara Gaza untuk mengosongkan kawasan berkenaan selepas mendapat maklumat kononnya Hamas cuba memulihkan semula kawalannya di kawasan itu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
Runding cara baik, tanpa belakangkan Perlembagaan - PM
Setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengn baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen, dan prinsip Raja Berperlembagaan.
Pelajar boleh kritis kepada kerajaan tapi bukan beremosi - PM
Golongan tersebut perlu menyuarakan pandangan berlandaskan fakta dan bukti ketika memberi pandangan mereka.
Saya ikut skrip Allah sepenuhnya - MB Perak
Saarani menjelaskan sesiapa pun boleh menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkara itu yang kini tular di media sosial.
Ibu bapa, guru diminta beri pandangan berkenaan isu pendidikan
Ibu bapa diminta mengemukakan pandangan berhubung langkah untuk membolehkan semua pelajar sekolah dan universiti mendapat pendidikan yang terbaik dalam keadaan negara dilanda wabak COVID-19.
Kerajaan pelawa orang ramai beri cadangan untuk RMKe-12
RMKe-12 akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun 2021, cadangan boleh dikemukakan mulai 18 November hingga 2 Disember 2020.
Semak Fakta: Polisi pembetulan Astro AWANI di platform digital
Dalam bidang kewartawanan, kesalahan boleh berlaku walau selepas berlakunya prosedur yang membabitkan ketekunan.
Pandangan Ku Li mengenai pentadbiran Tun Mahathir
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memberi kredit kepada Tun Dr Mahathir yang berjaya sekali lagi menerajui pentadbiran negara.
Aspirasi golongan muda jadi teras Kerajaan corak pembangunan negara - PM
Pandangan dan aspirasi golongan belia kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam mencorak pembangunan negara.
1MDB beri perhatian serius kepada pandangan Raja-Raja Melayu - Arul Kanda
1MDB berkata syarikat itu memberi perhatian serius kepada pandangan semua pihak, terutamanya Raja-Raja Melayu, berhubung kontroversi yang menyelubungi syarikat milik negara itu.
Cadangan, padangan mengenai Bajet sentiasa dipertimbang kerajaan - Najib
Setiap cadangan serta pandangan yang dikemukakan setiap rakyat sentiasa dipertimbangkan serta diterjemahkan pihak kerajaan dalam penyediaan bajet negara.