Cadangan jambatan ketiga hanya akan diputuskan selepas kajian kebolehlaksanaan disiapkan, untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian kebolehlaksaan itu akan turut menilai keupayaan masa kini Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), yang kini terpaksa menampung jumlah pelawat yang sangat tinggi.
"Kita setuju secara dasar kajian ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta... skop perunding akan ditetapkan termasuk sama ada BSI dan KSAB ini dapat ditambah baik dalam keadaan sedia ada atau perlu dibina lain-lain kemudahan termasuk mungkin jambatan ketiga," katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan Menangani Kesesakan Tambak Johor, yang turut dihadiri pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.
"Saya dimaklumkan hampir 70 peratus pelawat ataupun pengunjung yang masuk keluar Malaysia ini, datang melalui Tambak Johor. Ini kalau boleh saya katakan, pusat kemasukan yang paling sesak berbanding mana-mana tempat di dunia," katanya.
"Jadi sebab itu, satu kajian menyeluruh perlu diadakan untuk mengetahui apakah langkah-langkah ke hadapan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membolehkan trafik, dari segi kenderaan dan manusia yang melalui pintu masuk negara ini, berjalan licin dan lancar," tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh.
Menurutnya kajian kebolehlaksanaan yang dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan itu, akan mengambil masa sembilan bulan untuk siap.
Sementara itu merujuk kepada mesyuarat semalam, Muhyiddin berkata jawatankuasa berkenaan bersetuju supaya cadangan laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor diteruskan sebagai langkah jangka pendek untuk atasi masalah kesesakan di tambak itu.
"Kos yang terlibat ialah RM30 juta tetapi kita belum dapat keputusan kerana kita perlu bincang antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga syarikat PLUS Malaysia Bhd, yang jadi syarikat konsesi lebuh raya di situ.
"Ia akan diperhalusi kerana dimaklumkan ramai pengguna pejalan kaki guna cara sedia ada, yang mungkin dianggap merbahaya pada lalulintas dan sebagainya. Ini kita ambil kira meskipun kerajaan telah putuskan untuk adakan Projek Sistem Transit Rapid (RTS)," kata beliau.
Turut hadir di mesyuarat itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar, wakil kerajaan negeri serta ketua-ketua agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019

Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, 1 Dis, 2019. Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN Datuk Jamil Rakon (kanan). --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap

Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.

KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.

18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.