TELAH hampir setahun di mana Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) dan Laman Minda mengeluarkan kenyataan media secara bersama untuk menggesa supaya satu tindakan dilakukan di peringkat Parlimen bagi memansuhkan Seksyen 309 Kanun keseksaan yang dianggap telah lapuk.
Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, cubaan bunuh diri ini adalah satu jenayah. Kedua belah pihak telah menyeru supaya kerajaan memperuntukkan pelaburan yang lebih baik untuk perkhidmatan kesihatan mental serta pembentukan Strategi Pencegahan Bunuh Diri di peringkat kebangsaan sebagai satu kaedah bagi mencegah kejadian bunuh diri.
Berita mengenai seorang lelaki dari Cheras telah dikenakan hukuman jenayah disebabkan cubaan bunuh diri baru-baru ini amat mengecewakan.
Mahkamah telah mengenakan denda sebanyak RM3,000 selepas dia gagal terjun daripada beranda rumah flatnya yang terletak di tingkat lima (BERNAMA, 4 Ogos 2020).
Timbalan Pendakwaraya dalam kes tersebut dilaporkan memohon supaya lelaki tersebut diberikan hukuman yang setimpal disebabkan kejadian tersebut telah menyusahkan ramai pihak serta pengajaran kepadanya.
Dalam satu lagi kes yang lebih serius, seorang juruterbang telah membuat keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri setelah kehilangan kerja dua bulan lalu (The Malay Mail, 5 Ogos 2020).
Banyak Kajian
Malangnya, banyak kajian serta bukti menunjukkan bahawa tindakan menghukum mereka yang cuba membunuh diri bukanlah satu penghalang dan tidak akan mengurangkan kadar bunuh diri.
Mishara dan Weisstub (2016) telah mengkaji kadar bunuh diri di 23 daripada 25 negara yang menghukum perbuatan bunuh diri dan cubaan bunuh diri ini serta menyimpulkan bahawa kadar bunuh diri tidaklah lebih tinggi atau lebih rendah apabila dibandingkan dengan negara lain serta tindakan menghukum tidak mengubah kadar kejadian bunuh diri.
Secara jujurnya, menghukum mereka yang membuat cubaan bunuh diri akan menghalang kita mengetahui mengenai punya mereka berbuat demikian.
Lelaki yang telah dihukum baru-baru ini dilaporkan tidak bekerja, mungkin mengalami masalah kesihatan mental.
Ini kerana kira-kira 90 peratus daripada kejadian bunuh diri dikaitkan dengan sekurang-kurangnya satu jenis masalah kesihatan mental (2,3).
Kemungkinaan didakwa dan dikenakan hukuman akan menghalang mereka untuk tampil mendapatkan pertolongan serta menyebabkan stigma yang menebal kepada psikiatri dan kesihatan mental.
Hukuman ke atas lelaki dari Cheras itu juga bertentangan dengan hasrat untuk memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah (decriminalization of suicide) oleh Pejabat Peguam Negara.
Pada 31 Disember 2019, Datuk Liew Vui Keong yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu telah mengumumkan bahawa Pejabat Peguam Negara sedang menyediakan kertas dasar untuk memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah.
Kertas dasar ini telah mengambil maklum pandangan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan di samping pendekatan bidang kuasa di dalam negara Komanwel seperti United Kingdom dan India.
Singapura juga telah memansuhkan akta ini pada 1 Januari 2020 sebagai sebahagian daripada pembaharuan undang-undang jenayah (Criminal Law Reforms Act).
Tindakan oleh Pejabat Peguam Negara ini akan menyebabkan perubahan ke atas Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Ramai pihak termasuk Majlis Peguam telah menyokong langkah ini sebagai satu tindakan yang ke hadapan.
Bukti saintifik juga tidak menunjukkan bahawa pemansuhan hukuman bunuh diri meningkatkan kadar bunuh diri (1).
Sebaliknya, terdapat pengurangan dalam kadar bunuh diri setelah kebimbangan mengenai hukuman undang-undang ini dihapuskan.
Mekanisma alternatif untuk menangani pelbagai faktor risiko yang menyebabkan kejadian bunuh diri perlu dicari.
Kesihatan Mental
MPA ingin sekali lagi menegaskan agar kerajaan memperuntukkan pelaburan yang lebih baik untuk perkhidmatan kesihatan mental serta pembentukan Strategi Pencegahan Bunuh Diri di peringkat kebangsaan.
Ini mampu mengurangkan faktor risiko serta kadar bunuh diri secara berkesan. Langkah yang dapat dijalankan termasuk mengurangkan stigma, meningkatkan akses kepada rawatan, mengurangkan akses kepada kaedah bunuh diri, laporan media yang bertanggungjawab serta pemerkasaan perkhidmatan rawatan.
Rawatan perubatan, penjagaan secara individu serta sokongan komuniti adalah penting untuk mencegah serta mengurangkan kadar bunuh diri berbanding hukuman, pendakwaan dan stigma.
Faktor-faktor ini mungkin mengeruhkan lagi keadaan bagi mereka yang memerlukan pertolongan.
Rujukan:
1. Mishara BL, Weisstub DN. The legal status of suicide: A global review. Int J Law Psychiatry. 2016;44:54-74. Epub 2015/09/17. doi: 10.1016/j.ijlp.2015.08.032. PubMed PMID: 26375452.
2. Barraclough B, Bunch J, Nelson B, Sainsbury P . A hundred cases of suicide: clinical aspects. Br J Psychiatry. 1974;125(0):355-73. Epub 1974/10/01. PubMed PMID: 4425774.
3. Appleby L, Shaw J, Amos T. National Confidential Inquiry into Suicide and Homicide by People with Mental Illness. Br J Psychiatry. 1997;170:101-2. Epub 1997/02/01. PubMed PMID: 9093494.
* Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Dr Mohd Fadzli Mohamad Isa
Fri Aug 07 2020
Banyak kajian serta bukti menunjukkan bahawa tindakan menghukum mereka yang cuba membunuh diri bukanlah satu penghalang dan tidak akan mengurangkan kadar bunuh diri. - Freeimages.com
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.
Bunuh anak tiri berusia 6 tahun kerana cemburu
Pembunuhan itu dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana perasaan cemburu dan iri hati terhadap mangsa.
Israel bunuh 50 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu
Serangan kejam itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menamatkan lawatan terbarunya ke rantau itu.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini sehingga 26 Ogos.
Doktor India lanjut mogok hingga tuntutan dipenuhi
Antara lain, mereka menggesa persekitaran kerja lebih selamat susulan kematian seorang doktor pelatih yang dirogol dan dibunuh.
Protes merebak di India selepas kes rogol, bunuh doktor
Doktor di seluruh India telah mengadakan bantahan, perarakan cahaya lilin dan enggan merawat pesakit bukan kecemasan pada minggu lalu.
Tikam ibu saudara: Lelaki direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.