SEREMBAN: Keadaan lokasi yang agak terpencil iaitu sejauh 1.2 kilometer di dalam hutan menyebabkan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) mengambil masa untuk melakukan serbuan di lokasi penempatan haram warga asing di Nilai Spring, Nilai di sini.
Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, pihaknya perlu mengetahui terlebih dahulu keadaan di situ kerana perlu mengambil kira keselamatan pegawai dan anggota yang bertugas.
"Ada operasi yang bila kita dapat maklumat hari ini, esoknya boleh terus pergi tangkap seperti kebiasaan yang dilakukan.
"Tapi dalam kes kali ini, lokasinya agak terpencil di dalam hutan yang memerlukan kita membuat risikan bagi mengatur strategi dan pentingnya nak tahu serba sedikit keadaan di dalam (penempatan) sebelum kita masuk," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Jelas beliau, pihaknya masih sedang mengenal pasti status tanah terbabit sama ada milik kerajaan atau persendirian.
Tambahnya, tindakan lanjut terhadap lokasi penempatan berkenaan hanya dapat diambil selepas menerima maklumat berkenaan soal itu.
"Pemantauan secara berterusan masih dilakukan oleh anggota kita di lokasi dan siasatan akan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk dakwaan yang warga asing terbabit mendapat bantuan daripada pihak kedutaan," katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seramai 68 orang warganegara Indonesia telah diperiksa dan hasilnya seramai 67 orang berusia di antara dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan telah ditahan.
Semua tahanan terbabit ketika ini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut atas kesalahan yang dikenal pasti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Peguam, Norman Fernandez pula berkata, kedutaan Indonesia tidak seharusnya mempermudah urusan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk meneroka tanah dan menetap di negara ini sehingga dikesan dan ditangkap, seperti yang telah berlaku.
Mengikut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, pusat pembelajaran sementara telah bermula April lalu dan sebahagian operasinya disokong oleh kerajaan Indonesia yang menyediakan bantuan berupa silibus pelajaran persekolahan Indonesia.
“Lebih memeranjatkan ialah kenyataan, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono yang mengakui pihak kedutaan bukan sahaja mengeluarkan dokumen perjalanan melegalisasi mereka, malah telah memudahkannya dengan bantuan silibus pelajaran persekolahan Indonesia.
“Ia supaya anak-anak di penempatan tersebut dapat menyambung pelajaran apabila pulang ke Indonesia,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 04 2023

JIMNS gempur penempatan haram PATI. - Foto JIMNS (Gambar kecil: Penempatan ini telah menjadi satu perkampungan yang memiliki kemudahan persekolahan mengikut silibus pendidikan negara jiran.)

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bukan semua operasi dapat maklumat terus tangkap - JIMNS
Pihaknya perlu mengetahui terlebih dahulu keadaan di situ kerana perlu mengambil kira keselamatan pegawai dan anggota yang bertugas.

N.Sembilan tidak kompromi isu keselamatan, penempatan haram - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan terutama membabitkan warga asing yang menceroboh tanah sama ada milik persendirian mahupun kerajaan untuk dijadikan pene

Penempatan haram di Nilai Spring ada kemudahan kedai runcit, sekolah - JIM
Perkampungan berkeluasan 29,000 meter persegi atau kira-kira dua padang bola itu dikelilingi hutan tebal dengan jalan masuk tanah merah.

67 warga Indonesia ditahan, penempatan haram lengkap dengan sekolah dibongkar
Kawasan penempatan itu tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.