SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 67 pendatang tanpa izin dari Indonesia dalam satu operasi di sebuah penempatan haram di Nilai Spring, dekat sini awal pagi tadi.
Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, 31 lelaki dan 36 perempuan termasuk 36 kanak-kanak serta bayi berumur dua bulan ditahan dalam operasi pukul 1.30 pagi itu.
Beliau berkata, berkata hasil risikan mendapati penempatan berkenaan memiliki kemudahan 'sekolah' menggunakan silibus pendidikan negara jiran, malah turut dilengkapi beberapa set generator bagi membekalkan kemudahan elektrik.
"Anggota yang terlibat dalam operasi itu perlu berjalan kaki meredah kawasan hutan sejauh 1.2 kilometer untuk sampai ke kawasan penempatan yang tidak rata dan berpaya, serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar itu.
"Semasa serbuan dilakukan, terdapat ada warga asing cuba melarikan diri serta bertindak agresif bagi mengelak daripada ditangkap," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kennith berkata, hasil risikan awal mendapati warga asing itu menduduki penempatan berkenaan sejak lebih dua tahun dan semasa serbuan pihaknya turut menemukan beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang.
"Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi siasatan lanjut. Jabatan imigresen sedang mengenal pasti sama ada penempatan di Nilai Spring itu dibina atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan negeri yang diteroka secara haram," katanya.
Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan berkaitan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 67 pendatang tanpa izin dari Indonesia dalam satu operasi di sebuah penempatan haram di Nilai Spring, Seremban, awal pagi tadi. - Gambar BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Wanita Indonesia ditahan di Filipina, disyaki rancang serangan bom bunuh diri
Suspek dipercayai anak perempuan kepada dua pengebom berani mati yang meletupkan diri berhampiran gereja Katholik di Jolo, awal tahun ini.