SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan terutama membabitkan warga asing yang menceroboh tanah sama ada milik persendirian mahupun kerajaan untuk dijadikan penempatan haram.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata semua pihak termasuk agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS), polis dan pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan segera selain memantau semua kawasan berisiko bagi memastikan kes tidak berulang.
"Saya sendiri terperanjat dengan berita itu dan saya tegaskan ia tidak sepatutnya berlaku.
"Kita tidak mahu ada lagi perkampungan seperti itu, yang sudah lama wujud baru nak ambil tindakan dan masa itu sudah susah untuk pindahkan mereka. Ini isu besar yang perlu dipandang serius.
"Kalau ikutkan ini pertama kali berlaku tapi ia dah lama (wujud) dan tidak boleh dimaafkan.
"Ini menunjukkan bagaimana keselamatan negeri ini bila-bila masa mungkin boleh rosak, status tanah juga belum disemak sebab dibina di kawasan paya," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini pada Khamis.
Semalam, JIMNS menahan 67 pendatang tanpa izin Indonesia terdiri daripada 11 lelaki dan 20 wanita dewasa, serta 36 kanak-kanak termasuk bayi berumur dua bulan di sebuah penempatan haram di Nilai Spring, dekat sini yang dipercayai beroperasi sejak lebih dua tahun.
BACA: Penempatan haram di Nilai Spring ada kemudahan kedai runcit, sekolah - JIM
Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang dilaporkan berkata hasil risikan mendapati penempatan berkenaan memiliki kemudahan 'sekolah' menggunakan silibus pendidikan negara jiran, malah turut dilengkapi beberapa set generator bagi membekalkan kemudahan elektrik.
Jelasnya, anggota yang terlibat dalam operasi itu perlu berjalan kaki meredah kawasan hutan sejauh 1.2 kilometer untuk sampai ke kawasan penempatan yang tidak rata dan berpaya, serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama agensi penguat kuasa negeri selain meminta Majlis Keselamatan Negeri untuk mengambil tindakan proaktif membendung perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Aminuddin bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Sunrise MCL Land, pada Khamis. -Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.