KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti pengangkutan awam wajar dibudayakan bagi memastikan kemudahan awam dalam negara sentiasa berada pada tahap terbaik, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata perkara itu perlu diterapkan sepanjang masa dan menjadi sebahagian daripada norma kerja pihak berwajib setiap masa dan bukan hanya mengambil tindakan apabila sesuatu isu berhubung penyelenggaraan itu dibangkitkan.
"Jadi saya berharap kita dapat memastikan (sistem) penyelenggaraan yang lebih baik sepanjang masa. Ini sudah tentu saya rasa boleh dilaksanakan jika kita mempunyai program (berterusan) yang memastikan ada audit (dilakukan) sepanjang masa.
"Saya telah minta Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk hadir mesyuarat pasca-Kabinet di Kementerian Pengangkutan selepas ini. Difahamkan dua tahun mereka tidak dijemput ke mesyuarat ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-12 (MCEC 2022) di sini hari ini.
Beliau berkata mesyuarat itu juga akan memberi fokus pada laporan berkala berhubung operasi kemudahan awam, pelanggan dan penyelenggaraan yang disediakan agensi terbabit setiap minggu.
"Saya nak pastikan bukan sahaja di kawasan tertentu yang penting, tetapi juga di semua stesen dan ini memerlukan usaha yang berterusan," katanya.
Loke turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Prasarana, MRT Corp, pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas tindakan segera yang diambil untuk membaiki kemudahan-kemudahan awam.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai laporan media luar negara berhubung dakwaan serpihan MH370 ditemui, beliau berkata kementeriannya masih belum menerima sebarang makluman mengenai perkara itu.
Mengulas mengenai program MCEC 2022, Loke berkata program itu dilihat penting bagi memastikan kerjasama antara Malaysia dan China berada di tahap yang tinggi sekali gus menjadi platform yang memacu perniagaan dan pelaburan ke dalam negara.
Turut hadir persidangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Anthony berkata perkara itu perlu diterapkan sepanjang masa dan menjadi sebahagian daripada norma kerja pihak berwajib. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kos pemetaan utiliti tinggi sekarang, demi menyelesaikan masalah pada masa akan datang - Pakar
Pemetaan utiliti perlu dilakukan sekarang dengan kesanggupan untuk menanggung kos yang tinggi memandangkan ia memerlukan penggunaan teknologi yang pelbagai.

Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.

Laksana penilaian risiko di sekolah, elak kemalangan - Exco
Keadaan tidak selamat termasuk kemudahan dan infrastruktur sekolah yang tidak diselenggara menjadi faktor utama menyebabkan berlakunya kemalangan.

Parlimen: Sukhoi Su-30MKM mampu diselenggara untuk tempoh dua tahun lagi
Keupayaan TUDM dan kerjasama dengan Aerospace Technology Systems Corporation membolehkan jet pejuang jenis Sukhoi Su-30MKM buatan Rusia diselenggara untuk tempoh dua tahun akan datang.

Johor pertimbang bangun semula flat TUTA
Pembangunan semula flat mengandungi 44 blok bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan itu babitkan anggaran perbelanjaan RM26.3 juta.

Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik - KPM
Fadhlina menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.

Budayakan kerja penyelenggaraan, pastikan fasiliti kemudahan awam terbaik - Anthony Loke
Perkara itu perlu diterapkan sepanjang masa dan menjadi sebahagian daripada norma kerja pihak berwajib.

RM113.7 juta selenggara sungai dan saliran di Johor - Onn Hafiz
Peruntukan itu akan disalurkan secara terus kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah terlibat.

Johor terima peruntukan RM13 juta selenggara projek kos rendah, pemasangan lif baharu - MB
Kerajaan Johor menerima peruntukan sebanyak RM13 juta bagi menyelenggara projek perumahan kos rendah dan pemasangan lapan lif baharu bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai.

Peruntukan segera untuk selesai keperluan mendesak di sekolah - Radzi
Kementerian Pendidikan akan menyalurkan peruntukan dengan kadar segera bagi menyelesaikan pelbagai keperluan mendesak di sekolah terutama melibatkan penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur.