TELUPID: Kementerian Pendidikan akan menyalurkan peruntukan dengan kadar segera bagi menyelesaikan pelbagai keperluan mendesak di sekolah terutama melibatkan penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Jidin.
Mohd Radzi berkata sehubungan itu beliau mahu semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) supaya segera menyalurkan maklumat berkaitan kepada kementerian bagi membolehkan perkara mendesak di sekolah diberikan perhatian dan diambil tindakan segera.
"Kita akan menggunakan peruntukan bagi perkara itu secepat mungkin dan murid-murid serta warga sekolah akan mendapat manfaatnya secepat mungkin.
"Jadi apabila disusun mengikut keutamaan iaitu yang mana paling mendesak, kita selesai terlebih dahulu. Sebab itu peranan yang dimainkan PPD cukup penting dan mereka perlu sentiasa rapat (dengan) sekolah-sekolah di kawasan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan di beberapa sekolah kawasan pedalaman iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan dekat sini, serta dua sekolah di Beluran iaitu SK Jambongan dan SK Pantai Boring.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran.
Mohd Radzi berkata kementeriannya juga sedang memperincikan faktor yang menjadi penghalang kepada pembangunan infrastruktur sekolah bagi memastikan pembangunan itu dapat dilaksana dengan kadar segera.
"Kita memperincikan satu persatu apa yang menjadi penghalang bukan sahaja rumah guru tetapi juga mana-mana sekolah yang memerlukan asrama contohnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Radzi mahu semua Pegawai PPD segera menyalurkan maklumat berkaitan kepada kementerian bagi membolehkan perkara mendesak di sekolah diberikan perhatian dan diambil tindakan segera. - Gambar/ Bernama
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.
GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir
MoF akan bekerjasama dengan KPM untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.