JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menerima peruntukan sebanyak RM13 juta bagi menyelenggara projek perumahan kos rendah dan pemasangan lapan lif baharu bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf itu membabitkan kos sebanyak RM10.3 juta, manakala RM2.4 juta lagi diperuntukkan bagi mengecat PPR tersebut.
Beliau berkata Johor mempunyai 13 PPR dan tujuh Rumah Sewa Kerajaan (RSK) serta telah memohon peruntukan bagi menyelenggara dan membina sebuah lagi PPR di Larkin bagi menampung kependudukan yang semakin padat, selain mengecat semula bangunan berkenaan.
"Syukur Alhamdulillah. Saya berpeluang berjumpa dan berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai sektor perumahan mampu milik di Johor.
"Selain itu, penyediaan rumah mampu milik kini akan diseragamkan dengan penubuhan semula Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dianggotai oleh Menteri Besar serta Ketua Menteri, " katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Onn Hafiz berkata MPMMN antara lain akan mengambil maklum stok rumah tersedia, mengadakan indeks mampu milik negara, menyediakan pembiayaan kepada pembeli dan memastikan pembinaan rumah berkualiti yang berdaya huni.
"Kami turut menyentuh tentang pengurusan sisa pepejal negeri ini yang melibatkan khidmat SWM Environment Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta cadangan 'Eco Waste' oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi mengurangkan lagi buangan sampah dan menggalakkan kitar semula.
"Semoga segala permohonan dan perancangan di peringkat negeri dan Persekutuan bagi menyediakan perumahan serta perkhidmatan yang berkenaan kepada Bangsa Johor akan dapat dilaksana, bagi menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat negeri ini pada masa akan datang," katanya.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Datin Paduka Dr Suhailizan Suliman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022

Kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf itu membabitkan kos sebanyak RM10.3 juta, manakala RM2.4 juta lagi diperuntukkan bagi mengecat PPR tersebut. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.