ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor bakal mengambil tindakan tegas terhadap syarikat dan agensi yang terlibat dengan pembekalan air di negeri itu, sekiranya kejadian gangguan bekalan air berulang.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
"Gangguan bekalan air berlaku ketika Aidilfitri di Bukit Permai, Gambir dan Layang-Layang. Malah isu ini masih kerap lagi berlaku di kawasan-kawasan lain. Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada syarikat dan agensi yang terlibat.
"Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selaku badan pengawal, perlu bertanggungjawab dan memberi perhatian serius ke atas titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail," katanya dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata terdapat 19 sekolah di Johor dikategorikan sebagai sekolah daif, yang berdepan dengan masalah bumbung bocor, kerosakan kerusi meja dan struktur bangunannya tidak selamat untuk digunakan.
Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap berkata daripada angka tersebut, 14 sekolah diluluskan peruntukan untuk dibaiki sejak tahun 2021, namun selepas tiga tahun tiada satu pun projek sekolah daif tersebut berjaya disiapkan.
"Di manakah silapnya? Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku, sehingga anak-anak kita yang menjadi mangsa karenah birokrasi. Malah, kita memerlukan tambahan guru dan sekolah baharu terutamanya di kawasan Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai.
"Isu ini menggambarkan betapa kritikalnya cabaran pendidikan yang kita hadapi, sehinggakan Pemangku Sultan Johor menitahkan Exco Pendidikan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Yayasan Pelajaran Johor melaksanakan lawatan kerja penanda aras ke Singapura akhir bulan ini, bagi meningkatkan tahap pendidikan," katanya.
Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata menerusi pemutihan data tahun lepas, jumlah miskin tegar di Johor, telah menurun sebanyak 39.5 peratus daripada 4,378 Ketua Isi Rumah (KIR) kepada 2,647 KIR.
"Dalam tempoh sama, Majlis Agama Islam Negeri Johor menerima bayaran zakat RM388 juta dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula diperuntukan RM269 juta. Ini bermakna, RM657 juta telah kita miliki untuk membantu mereka yang memerlukan. Melihat jumlah sebesar dan segah ini, Johor tidak sepatutnya lagi mempunyai rakyat yang dibelenggu kemiskinan tegar," katanya.
Bagi menyemarakkan lagi Program Semarak Subuh di 988 masjid dan surau Johor, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri bersetuju untuk menambah peruntukan RM840,000, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi program itu sebanyak RM1.4 juta.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pelaksanaan semula GST, sebagai satu sumber pendapatan tambahan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat, selaras dengan pandangan pakar ekonomi yang menyatakan bahawa GST adalah sistem percukaian yang terbaik untuk sesebuah negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas. - Gambar fail

Jepun kerah tentera bantu padam kebakaran hutan
Pasukan Pertahanan Darat Jepun menyertai operasi pemadaman kebakaran hutan di wilayah barat Okayama dan Ehime, dengan hampir 2,700 penduduk tempatan diarahkan berpindah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
ASEAN 2025 | 24 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pasaran prostetik Rusia catat penerimaan positif
Pasaran prostetik dari Rusia yang memasuki Malaysia sejak setahun lalu dilaporkan mencatatkan penerimaan positif di negara ini.
Sinergi untuk Keterhubungan Serantau
Penjajaran antara BRI dan Pelan Induk Ketersambungan ASEAN 2025 telah meningkatkan keterhubungan serta membawa manfaat nyata kepada komuniti tempatan.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN kini dibuka
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan.
Kerajaan Kemboja bantu 93,583 hektar sawah terjejas
Kementerian Sumber Air dan Meteorologi Phnom Penh memaklumkan hampir 93,583 hektar sawah padi yang terjejas akibat kemarau di 17 wilayah dan ibu negara telah diairi dengan air sejak Disember tahun lalu.

1,482 kanak-kanak mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli
Sebanyak 1,482 kanak-kanak telah mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli setakat 17 Feb tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Pelabur asing catat jualan bersih 22 minggu berturut-turut
Menurut MIDF Research, tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM609.7 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (RM167.9 juta) dan produk & perkhidmatan pengguna (RM148.4 juta).
MAHB jangka permintaan tinggi syarikat penerbangan luar
MAHB berkata, keyakinannya adalah berdasarkan lokasi strategik lapangan terbang tersebut, serta potensi ketersambungan dan peranannya sebagai pintu masuk pilihan untuk perjalanan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: Strategi pengurusan kewangan musim perayaan
Bersama Dr Hanini Ilyana Che Hashim, Pensyarah Kanan, Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Pengurusan, UTM membincangkan tentang strategi pengurusan kewangan musim perayaan.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.