JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor meyakini kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyiasat dan mengesan pelaku yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
"Kita serahkan kepada mereka untuk membuat siasatan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian serangan itu.
Onn Hafiz dalam pada itu berkata kejadian itu tidak akan menjejaskan kemampuan JDT untuk menjulang Piala Sumbangsih menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini.
Beliau berkata kewibawaan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab tersebut diyakini dapat memastikan kejayaan pasukan itu.
"Saya yakin dengan kewibawaan Pemangku Sultan Johor untuk mengemudi JDT ke tangga kejayaan, insya-Allah dari segi perkara seperti ini (kejadian serangan) kita doa ia tidak berlaku tetapi apabila ia sudah berlaku, kita kena teruskan dan pastikan fokus untuk menang," katanya.
Semalam, kereta Safiq dipecah individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi dalam kejadian pada 10.05 malam di Jalan Sri Gelam, di sini.
Kejadian berlaku ketika beliau memandu kereta Honda City dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Pada Ahad lepas, negara digemparkan dengan insiden pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid di pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor dan insiden berlaku selang beberapa hari selepas pemain kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera disamun di Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut. - Gambar fail

Pasukan petugas khas bentang laporan penambahbaikan RMT pada 1 Mac 2025 - Fadhlina
Pasukan petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program tersebut pada 1 Mac 2025.

141 kertas siasatan GISBH, pendakwaan ditentukan pendakwa raya - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka sebanyak 141 kertas siasatan berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
AWANI Ringkas: Jangan panjang isu bendera terbalik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lancar serangan ke atas kubu Houthi di Yaman
Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari berkata, serangan itu disasarkan ke arah pelabuhan dan infrastruktur tenaga di sana yang dipercayai digunakan kumpulan pejuang itu dalam melancarkan misi ketenteraan mereka.

1BestariNet: SPRM sahkan tiada unsur jenayah, tiada pertuduhan
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan yang dijalankan sejak September lalu mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet.
Malaysia tidak boleh bergantung kepada nota bantahan - Mohamad
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata platform dan mekanisme seperti rundingan dan perbincangan dua hala juga perlu terus diperkasa serta diperhebatkan bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit di Laut China Selatan.
Malaysia-Turkmenistan meterai Mou, kukuhkan kerjasama
Malaysia dan Turkmenistan menekankan kepentingan meningkatkan kerjasama dalam bidang pengangkutan, kebudayaan, pendidikan, pelancongan dan sukan yang akan menyumbang kepada memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs
Cuepacs mengingatkan ahlinya agar tidak menambah hutang baharu sejurus menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa hari ini.
Permohonaan maaf sudah memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor, berhubung isu jalur gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.
[TERKINI] Siasatan sejak September, tiada unsur jenayah tender 1BestariNet
Siasatan SPRM sejak September lalu mendapati tiada unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion di bawah Kementerian Pendidikan.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.

Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.