ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.


1. Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri tersebut. 



2. PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain menyantuni mangsa. 


3. Banjir: Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM diteruskan, SOP Ops Payung diperkemas - Fadhlina  

Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula 2 Disember tetap akan diteruskan walaupun dalam situasi banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini. 


4. Johor mohon kembalikan 20 peratus hasil cukai kepada negeri - MB

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya merayu pertimbangan perkara itu, kerana ia penting untuk limpahan manfaat dan pembangunan rakyat Johor.


5. Beku akaun: Bersatu pertimbang tindakan undang-undang terhadap SPRM, bank

Muhyiddin mendakwa tindakan pembekuan akaun bank yang dikenakan SPRM terhadap Bersatu adalah satu penyalahgunaan kuasa.


6. Keadaan banjir di seluruh negara lebih teruk daripada 2014 - Ahmad Zahid

Lebih merisaukan adalah keadaan dijangka semakin buruk dengan fenomena air pasang besar di Laut China Selatan dan di Selat Melaka, yang berada di puncaknya.


7. Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'

CyberSecurity Malaysia (CSM) meminta orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon yang mendakwa mereka pegawai agensi itu dan meminta maklumat peribadi pemanggil.


8. Remaja antara 3 individu diberkas larikan mesin ATM emas 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ketiga-tiga suspek ditahan susulan siasatan berdasarkan laporan dibuat seorang pegawai pemasaran berkaitan kejadian terbabit pada 23 November lalu.


9. Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis 

Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat. 


10. Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun 

Hujan lebat berterusan menyebabkan ratusan rumah penduduk di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh pada Ahad dinaiki air setinggi kira-kira 1.2 meter.