ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 November 2024.


1. Lapan termasuk pesara kerajaan aktif ajaran sesat Millah Abraham ditahan

Seorang pesara kerajaan termasuk tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki yang dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham antara lapan individu ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu di Melaka, awal pagi tadi.



2Ananda Krishnan meninggal dunia

Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia, di usia 86 tahun, pada Khamis.


3. Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.


4. Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.


5. Banjir kali ini dijangka lebih buruk dari 2014

Banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu dijangka lebih buruk berbanding bencana tahun 2014.


6. PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program beliau di Tasik Kenyir, Terengganu, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir.


7. Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat

Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.


8. Malaysia dilihat antara negara paling aman, pertumbuhan ekonomi memberangsangkan - PM

Malaysia dilihat oleh negara luar sebagai antara negara paling aman dengan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan di rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.


10. Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.