1. Israel-Hezbollah bertukar tuduhan pelanggaran gencatan
Tentera Israel dan Hezbollah saling menuduh melanggar gencatan senjata yang dimeterai untuk menghentikan konflik selama lebih setahun.
2. Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh
Serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Khamis, menurut pegawai perubatan.
3. Keadaan kelangsungan hidup 75,000 penduduk Gaza semakin meruncing - UNRWA
Agensi Kerja daan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan keadaan kelangsungan hidup semakin meruncing bagi kira-kira 65,000 hingga 75,000 orang yang dipercayai masih berada di utara Semenanjung Gaza.
4. 3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Tiga orang maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua bengkel, dua rumah dan sebuah kedai di Ilir Timur II, bandar Palembang, Sumatera, menurut polis tempatan.
5. Penasihat kanan tentera Iran maut dalam pertempuran di Syria
Seorang penasihat kanan ketenteraan Iran dilaporkan terbunuh di Aleppo, Syria.
6. Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Rusia melancarkan serangan besar kedua bulan ini terhadap infrastruktur tenaga Ukraine pada Khamis, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di seluruh negara.
7. Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI
Sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diperakui untuk kegunaan bilik darjah buat kali pertama, meliputi pelajar sekolah rendah hingga menengah atas, kata Kementerian Pendidikan Korea Selatan.
8. Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan selama seminggu menyebabkan beberapa siri banjir dan tanah runtuh di seluruh wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
9. Makin kuat desakan dunia, lagi cepat Netanyahu diheret ke ICC - Syed Ibrahim
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
10. PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.