ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.


1. Pakatan pemerintah Ireland hilang majoriti dalam PRU

Pakatan pemerintah Ireland gagal memperoleh 88 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 29 Nov.



2. Mahkamah AS tolak pakej gaji US$56 bilion Elon Musk sekali lagi

Mahkamah AS mengekalkan keputusannya untuk menolak pakej pampasan bos Tesla Elon Musk bernilai US$56 bilion, meskipun mendapat sokongan daripada pemegang saham Tesla.


3. Malaysia guna diplomasi lunak tangani perubahan susulan pendirian Trump

Malaysia akan kekal berkecuali dan bersedia menghadapi kemungkinan perubahan landskap ekonomi global susulan pemilihan semula Donald Trump memimpin Amerika Syarikat (AS).


4. Peguam Khas AS bantah permohonan Hunter Biden batal pertuduhan selepas pengampunan

Peguam Khas Amerika Syarikat David Weiss membantah permohonan Hunter Biden untuk membatalkan pertuduhan cukai dan senjata api terhadapnya selepas Presiden Joe Biden memberikan pengampunan.


5. Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas

Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa.


6. 'Padah besar menanti jika tebusan masih ditahan' - Trump

Menerusi hantaran di Truth Social, beliau turut menyifatkan tindakan menahan tebusan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.


7. Angka korban banjir terburuk selatan Thailand cecah 22 orang

Wilayah selatan Thailand dilanda hujan lebat serta banjir kilat sejak 22 November lalu menjejaskan kira-kira 664,173 isi rumah.


8. Kerajaan Perancis dijangka tumbang akhir minggu ini

Parti sayap kanan dan kiri kemuka usul tidak percaya pada semalam (Isnin) terhadap Perdana Menteri Michel Barnier.


9. Trump cadang Kanada jadi negeri ke-51 AS di bawah pentadbiran Trudeau - Laporan

Presiden terpilih Donald Trump secara berseloroh mencadangkan bahawa Kanada akan lebih baik menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat (AS) sekiranya ekonominya tidak dapat bertahan dengan potensi tarif AS ke atas barangan Kanada, lapor Sputnik.


10. ICC kumpul lebih banyak bukti dalam 18 bulan terakhir - Ketua Pendakwa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat dalam 18 bulan terakhir berbanding 20 tahun sejak penubuhannya.