ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 November 2024.


1. FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Rabu memaklumkan ia sedang menyiasat ancaman yang dibuat terhadap individu yang dicalonkan Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk jawatan dalam pentadbiran baharunya.



2. Lelaki disyaki ancam bunuh Trump ditahan

Seorang lelaki dari Arizona, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas dipercayai memuat naik video dalam talian yang mengancam untuk membunuh Presiden Terpilih Donald Trump dan keluarganya, lapor media tempatan pada Rabu.


3. Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku

Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea. Bagaimanapun, Kim menimbulkan keraguan terhadap kemungkinan pertemuan itu berlaku, menurut laporan United Press International (UPI).


4. Apa yang terkandung dalam perjanjian gencatan senjata Israel - Hezbollah?

Seperti yang seluruh dunia sedia maklum, Israel dan pasukan pejuang Hezbollah di Lubnan sudah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata berkuatkuasa 4 pagi Rabu (waktu tempatan).


5. Myanmar beri amaran kepada dalang jenayah siber selepas usir lebih 1,000 penipu

Myanmar mengusir lebih 1,000 warga asing yang terbabit dalam penipuan dalam talian dan memberi amaran negara itu akan terus memburu dalang jenayah siber, menurut media rasmi.

 
6. Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu

Hanya enam hari lalu iaitu sebelum berita gencatan senjata di Lubnan berlaku, hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, serta seorang komander Hamas, Mohammed Deif, yang didakwa oleh Israel telah dibunuh Julai lalu.


7. Mahmoud Abbas umum Rawhi Fattuh sebagai pengganti

Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan Pengerusi Majlis Kebangsaan Palestin Rawhi Fattuh sebagai calon penggantinya apabila sampai masanya kelak.


8. Rusia hantar bantuan kemanusiaan ke-32 untuk Gaza

Rusia pada Rabu mengumumkan bahawa ia menghantar bantuan kemanusiaan ke-32 ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).


9. Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir selepas hujan lebat 5 hari

Tiga wilayah di selatan Thailand - Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.


10. Sean 'Diddy' Combs dinafikan ikat jamin buat kali ketiga

Penyanyi rap dan mogul muzik Hollywood, Sean "Diddy" Combs telah dinafikan ikat jamin buat kali ketiga oleh hakim di New York.