ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Oktober 2024.


1. Mayat lima mangsa bot regata karam ditemukan pagi ini

Kesemua mangsa ditemukan secara berperingkat antara pukul 6.16 pagi hingga 7.09 pagi Ahad.



2. Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia

Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi Ahad.


3. Belanjawan 2025: Pengkelasan kategori T15 sedang diperhalusi - Rafizi

Pengkelasan kategori T15 sedang diperhalusi bagi memastikan penyasaran subsidi Kerajaan adil kepada semua pihak.


4. PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto atas pelantikannya sebagai Presiden baharu Indonesia, pada Ahad.


5. Malaysia Super 100: Go Pei Kee-Teoh Mei Xing sah kejuaraan, benam pilihan utama

Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100.


6. Polis kenal pasti rumah anak perempuan 'Abuya' dikurung di perkampungan GISB - KPN

Polis telah mengenal pasti sebuah rumah di Perkampungan Maahad Sayuti, Batu Hampar, Perak, yang dikatakan menjadi lokasi anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah dikurung selama sebulan.


7. Malaysia terus jadi rakan strategik Indonesia, tingkat persahabatan - PM Anwar

Malaysia akan terus menjadi rakan strategik Indonesia, selain meningkatkan ikatan persahabatan kedua-dua negara bersaudara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. 20,000 pesalah layak dipertimbang untuk hukuman tahanan di rumah - Saifuddin Nasution

Rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah menyasarkan kira-kira 20,000 pesalah kategori tertentu dan layak dipertimbang selepas mereka menjalani proses tapisan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


9. Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu

Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.


10. Rohani genggam PhD pada usia 81 tahun

Ternyata usia bukan penghalang bagi Christine Longuet atau Rohani Abdullah apabila berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).