ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 September 2024.


1. Tiga doktor ortopedik, 30 individu direman tipu tuntutan Perkeso RM2.1 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 33 individu termasuk tiga doktor ortopedik di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai lebih RM2.1 juta sejak 2017.



2. Pencemaran bau: JAS Johor kesan gas ammonia di Sungai Pandan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesan gas ammonia dengan bacaan kepekatan tinggi menerusi pemantauan kualiti udara yang dilakukan di Sungai Pandan, Kampung Melayu Pandan pada 4 petang Selasa.


3. Chow sahkan tidak akan pertahan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang pada 22 September ini.


4. Kes pemalsuan tuntutan Perkeso: Seorang lagi doktor dikesan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lagi doktor bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Pulau Pinang.


5. 'Ebit Lew selalu minta gambar, suruh buka semua pakaian' - Saksi

Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah tersebut telah mengarahkannya membuka semua pakaian dan berbogel.


6. 27 Sept tarikh pengurusan kes bunuh Kevin Morais

Mahkamah Persekutuan menetapkan 27 Sept sebagai tarikh satu lagi sesi pengurusan kes berhubung rayuan enam individu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais sembilan tahun lepas.


7. SPRM mulakan siasatan projek 1BestariNet

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.


8. PM Anwar komited tingkatkan hubungan Malaysia, ASEAN dengan Rusia

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan memastikan rantau ASEAN mempunyai kerjasama dan hubungan bilateral yang lebih baik dengan Rusia.


9. Sah! Sanusi kahwin pegawai polis isteri kedua

Selepas spekulasi sejak beberapa minggu lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya mengesahkan bahawa beliau mengahwini seorang pegawai polis sebagai isteri kedua.


10. PM Anwar terima jemputan Putin, akan hadiri persidangan BRICS pada 22-24 Oktober ini

Malaysia bakal menyertai persidangan BRICS yang akan berlangsung di Kazan, Rusia, bermula 22 hingga 24 Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.