ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 September 2024.


1. Polis tahan pemandu bas sekolah 'viral'

Lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun ditahan pada jam 2.57 pagi tadi di kawasan Simpang Renggam Johor.



2. Malaysia Airlines umum penerbangan terus ke Paris mulai 2025

Laluan ini merupakan destinasi ke-68 Malaysia Airlines, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya.


3. Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui

Kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.


4. 46 kes disyaki mpox disahkan negatif

Kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes yang direkodkan pada akhir tahun lepas.


5. Tanah jerlus: Keluarga Vijaya Lakshmi terima sumbangan ihsan RM30,000

Wang tersebut diserahkan secara tunai kepada keluarga mangsa sehari selepas kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


6. Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.


7. Paralimpik Paris 2024: Bonnie pecah rekod dunia, sumbang emas kedua negara

Atlet kelahiran Sarawak itu berhasil memecahkan rekod dunia miliknya sendiri (231kg) dengan angkatan baru 232kg.


8. Mohd Irwan gagal masukkan enam individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB

Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini gagal dalam permohonannya untuk memasukkan enam individu lain sebagai pihak ketiga dalam saman AS$6.59 bilion yang dikemukakan oleh 1MDB terhadapnya.


9. RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk melindungi hak kanak-kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan,


10. Bayi lapan bulan mati disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh

"Anak saya dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal."
Itu pendedahan bapa kepada bayi berusia lapan bulan yang maut ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, di sini pagi tadi.