ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Ogos 2024.

1. Tanah jerlus Masjid India: Operasi ditangguh, hanya selipar mangsa ditemukan

Selepas hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, pasukan SAR hanya menemukan sepasang selipar milik mangsa berhampiran lokasi kejadian.


2. Keanggunan Tengku Puteri Afzan, ketampanan FD Idzham dapat perhatian ramai

Pada Khamis lalu, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan dengan dua kali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.


3. Insiden kepala air Ulu Slim: 21 mangsa terperangkap di Eko Park Risda berjaya diselamatkan

Kesemua 21 mangsa yang terperangkap di Eko Park Risda Ulu Slim susulan kejadian kepala air di Kampung Sungai Bil, Slim Village, berjaya diselamatkan, pada Sabtu.


4. Norza letak jawatan Presiden BAM

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), selepas berkhidmat selama tujuh tahun di badan induk sukan badminton berkenaan.


5. Kapten Izham mohon maaf, terpaksa kurangkan penerbangan untuk optimumkan perkhidmatan MAS, Firefly

Beliau memohon maaf di atas gangguan perkhidmatan yang memberi kesan kepada penerbangan Malaysia Airlines, Firefly, dan Amal pada 19 Ogos lepas.


6. Insiden kepala air: Mangsa cerita 'talian hayat' guna tali pancing, batu ladung

Kesemua 21 mangsa terdiri daripada 18 pengunjung, dua orang awam tempatan dan seorang kakitangan Risda Eco Park berjaya diselamatkan pada tengah hari Sabtu.


7. PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027

Kejayaan Sarawak menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 2024 sebagai antara yang terbaik pernah disaksikan negara ini, menunjukkan kemampuannya untuk menganjurkan kejohanan di peringkat yang lebih tinggi.


8. Piala FA: JDT pertahan kejuaraan selepas belasah Selangor 6-1

Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.


9. Sarawak juara keseluruhan SUKMA 2024

Tuan rumah, Sarawak, mengesahkan gelaran juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini dengan kelebihan sebutir emas mengatasi Wilayah Persekutuan, selepas mengharungi perebutan paling sengit dalam sejarah temasya dwitahunan kebangsaan itu.


10. PAU 2024: Mood sudah positif, tetapi ‘self-criticism’ tidak boleh terhenti - Presiden UMNO

Suasana dan mood yang ditunjukkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2024 seperti sudah kembali positif, dan memuncak dengan idea dan pandangan yang luar biasa daripada para perwakilan, kata Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.