ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Ogos 2024.


1. 'Saya ingat orang Malaysia baik-baik belaka' - Nakano hantar mesej kepada Shah Firdaus

'Saya ingat orang Malaysia baik-baik belaka.' Demikian mesej Shinji Nakano kepada Shah Firdaus Sahrom susulan tindakan warganet yang menyerang akaun media sosialnya selepas insiden perlanggaran melibatkan kedua-dua pelumba basikal itu pada final acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.



2. Suspek bunuh tiga sekeluarga direman, ditahan merayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Suspek utama yang dipercayai membunuh sebelum membakar kediaman keluarganya sehingga menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di Pagoh, Jumaat lalu direman di Mahkamah Majistret Muar.


3. Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik jaminan yang diberi Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh, Muhammad Yunus, untuk melindungi dan memberi layanan saksama kepada semua warganya termasuk golongan minoriti.


4. Nahas Elmina: Laporan akhir dikeluar beberapa hari lagi - Loke

Laporan awal mendedahkan tiada objek asing, bulu burung atau mana-mana bahan ditemui dalam komponen enjin kiri dan kanan pesawat Beechcraft 390 Premier 1.


5. Maimunah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur mulai 15 Ogos

Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.


6. 'Sebelum ini hubungan kami baik-baik saja, saya berlapang dada' - Nora   

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkata hubungannya dengan bekas suami, Rushdi Ramli sebelum diceraikan berada dalam keadaan baik.


7. Kes pukul OKU: Tindakan tatatertib telah diambil ke atas anggota pengiring - KPN 

PDRM telah mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) di lobi sebuah hotel di ibu negara pada 28 Mei lepas.


8. Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor 

Mayat seorang lelaki yang ditemui berhampiran sebuah jambatan di Klang dipercayai adalah penyanyi, Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang pada tengah malam Selasa.


9. Perkahwinan Cleopatra, bekas Timbalan KPN tidak wujud - Mahkamah 

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati, perkahwinan antara bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin dengan bekas calon kerusi Parlimen Batu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Cleopatra tidak pernah wujud.


10. Siasatan kes pempengaruh seleweng dana derma awam hampir lengkap - Azam Baki