ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Ogos 2024.


1. Liga Super: Lapan lelaki diberkas susulan kekecohan di Stadium Perak 

Polis memberkas lapan lelaki, termasuk remaja 16 tahun ekoran kekecohan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Takzim di Stadium Perak, di Ipoh, malam tadi. 



2. 'Cukup main politik, sekarang masa untuk bekerja' - Awie

Calon yang menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri terus memulakan khidmatnya dengan turun padang bertemu pengundi-pengundi, di Gua Musang, hari ini. 


3. Nuraina Humaira ditemui mati selepas hilang sejak Jumaat

Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini pada Sabtu.


4. Anwar ucap tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pelantikan sebagai PM baharu Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra yang dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.


5. Mpox Kecemasan Kesihatan Global, ini 6 langkah segera KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.


6. PRK Nenggiri: Kemenangan BN bukti rakyat terima kesepakatan Kerajaan Perpaduan - Anwar

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam, membuktikan rakyat Kelantan menerima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan.


7. Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada Ahad.


8. Malaysia sokong keputusan Qatar selesai krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong penuh keputusan Qatar untuk mengutamakan penyelesaian krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza.


9. Nuraina Humaira mungkin dirogol sebelum dibunuh - Polis

Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, Sabtu lalu dirogol sebelum dibunuh.


10. Mpox Kecemasan Kesihatan Global, ini 6 langkah segera KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.