ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Oktober 2023.


1. Anwar ucap tahniah kepada Amizar menang kerusi DUN Pelangai

Anwar berkata kemenangan itu menjadi kesinambungan kecemerlangan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.



2. PRK Pelangai: Tak sampai 24 jam, Amizar terima banyak permohonan

Permohonan-permohonan berkenaan disampaikan melalui surat dan aplikasi WhatsApp, untuk dipertimbangkan.


3. Siasatan 1MDB: Roger Ng sudah tiba di Malaysia - KPN

Razarudin enggan mendedahkan lokasi keberadaan Roger Ng pada masa ini atas faktor keselamatan.


4. 804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib

Seramai 804 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikenakan hukuman tatatertib sejak Januari hingga Ogos lalu.


5. Pelumba Izzat Zaidi kritikal selepas kemalangan di Cub Prix Malaysia

Pelumba CKJ Racing Team Md Izzat Zaidi Md Salehan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi 'Super-Pole' pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini, dekat Iskandar Puteri.


6. Malaysia bimbang keganasan terkini di Palestin, gesa sidang tergempar UNSC - Wisma Putra

Malaysia menyuarakan kebimbangan yang mendalam berhubung pertempuran yang semakin meningkat di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza.


7. Perlawanan futsal dicemari pergaduhan, 18 ditahan di Labuan

Pergaduhan yang berlarutan kira-kira setengah jam dan tular di sosial media itu, menyebabkan kecederaan dan 18 individu berusia antara 17 dan 32 tahun ditahan.


8. Kes hilang selepas COD iPhone: Polis minta Daniel Haikal, tunang tampil

Lelaki yang didakwa hilang selama empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum dijumpai selamat diminta untuk tampil kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


9. Peserta Ironman dan pengasas Kiddocare, Mui Mahmud meninggal dunia

Pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, Muhaini Mahmud, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, pada petang Ahad.


10.  PM Anwar selar masyarakat antarabangsa bersikap berat sebelah terhadap nasib Palestin

Malaysia akan terus bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.