ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Ogos 2024.


1. Perakam suara kokpit ditemukan di lokasi nahas pesawat Brazil

Pihak berkuasa Brazil menemukan perakam suara kokpit daripada serpihan pesawat yang terhempas di kawasan perumahan di Vinhedo, Sao Paulo, dengan 61 orang di dalam pesawat, lapor Agensi Berita Jerman dpa dengan memetik tentera udara Brazil lewat Jumaat.



2. Ketua Hakim Negara Bangladesh letak jawatan

Ketua Hakim Bangladesh Obaidul Hassan telah menyerahkan peletakan jawatannya kepada Kementerian Undang-Undang berikutan tekanan daripada penunjuk perasaan pelajar, lapor Sputnik yang memetik laporan media Bangladesh pada Sabtu.


3. "Gaya Yusuf Dikec" kini jadi trend kemenangan atlet di Sukan Olimpik

"Gaya Yusuf Dikec" kini menjadi trend terbaharu dalam kalangan atlet di Sukan Olimpik Paris 2024, lapor Agensi Anadolu.


4. Dunia Islam kutuk serangan Israel terhadap penduduk Palestin ketika solat Subuh

Dunia Islam pada Sabtu mengutuk pengeboman Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Bandar Gaza, lapor Agensi Anadolu.


5. 'AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin'

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Sabtu menyalahkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza.


6. Sekolah Gaza diserang: Algeria minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar

Algeria pada Sabtu meminta sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan pada Selasa ini untuk membincangkan serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza.


7. Pengurusan Celine Dion kecam Trump guna lagunya semasa berkempen

Pasukan pengurusan Celine Dion mengecam Donald Trump kerana menggunakan lagu klasiknya "My Heart Will Go On" semasa perhimpunan kempen pilihan raya presiden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


8. Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France

Perancis akan mengadakan majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Stade de France, utara Paris, yang diberi nama "Records", lapor Sputnik.


9. Kamala Harris janji lancar manifesto minggu depan

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon presiden Parti Demokrat Kamala Harris berjanji untuk melancarkan manifesto beliau minggu depan yang akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan penurunan harga barang, lapor Sputnik.


10. PM UK Starmer batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan

Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah membatalkan rancangannya untuk bercuti ketika kerajaan terus memberi tumpuan kepada tindak balasnya berhubung kekacauan di negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).