1. Remaja ceroboh, menyamar petugas hospital direman dua hari
Seorang remaja perempuan yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari sehingga esok.
2. Pengawal keselamatan ditahan, terlepas tembakan di Hospital Alor Gajah
Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat sekuriti yang dipercayai cuai ketika mengendalikan senapangnya, sehingga mengakibatkan satu das tembakan dilepaskan secara tidak sengaja, semasa dia sedang bertugas di Hospital Alor Gajah, semalam.
3. Bilik karaoke 'super VIP' RM16,000 saji GRO
Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, yang menyediakan bilik karaoke 'super VIP' dipercayai dengan bayaran sehingga RM16,000 digempur, pada Jumaat.
4. Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM
Syarikat milik Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri kenderaan elektrik (EV) China.
5. Wanita cedera diserang pisau ketika hendak menunaikan solat, polis giat buru suspek
Wanita yang diserang mengalami kecederaan di perut akibat terkena libasan pisau.
6. Hak jagaan adik Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara
Mahkamah Majistret memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya.
7.Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar secara peribadinya tidak melihat laporan sebuah portal yang berkaitan dakwaan bakal berlaku rombakan kepimpinan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai berniat jahat atau berunsur fitnah.
8. Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan, kandas di repechage acara pecut
Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tidak berhasil mara ke pusingan 1/16 acara pecut individu Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas dalam saingan repechage di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, pada malam Jumaat (waktu Malaysia).
9. Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12
Impian untuk meraih buah tangan buat Malaysia tidak kesampaian apabila atlet terjun berpengalaman negara, Nur Dhabitah Sabri tidak berjaya meraih kedudukan podium dalam aksi final acara 3 meter (m) papan anjal Olimpik Paris 2024.
10. Hutang negara dijangka menurun bermula 2027 - Rafizi
Hutang negara dijangka menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang mula berkurang.