Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di Putrajaya.
"Dalam masa beberapa jam, pesawat dari sempadan Mesir-Gaza membawa ibu dan anak-anak yang cedera parah, akan insya-Allah sampai ke KLIA dan diberi rawatan oleh pasukan kita," katanya.
Pada Khamis, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.
Pada 4 Ogos lalu, Anwar menyatakan hasrat membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.
Selain itu, Anwar berkata, Bank Negara Malaysia akan mengumumkan prestasi pertumbuhan yang jauh lebih baik daripada pernah dicatatkan negara sebelum ini.