Penerbangan 507, United Airlines yang dikendalikan oleh Boeing 777-200 dilencongkan ke Edmonton, Kanada kerana kecemasan perubatan penumpang, kata jurucakap syarikat penerbangan itu.
Penerbangan itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton kira-kira 6.5 jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco petang Rabu.
Menurut laporan itu, kesemua 265 penumpang dan 14 anak kapal kembali ke San Francisco pada Khamis.
Insiden ini menyusuli gangguan yang sama pada Selasa apabila satu lagi penerbangan United Airlines ke Rom dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sacramento kerana masalah mekanikal.
-- BERNAMA