ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.


1. Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu

Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.



2. Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza

Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.


3. Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.


4. Parlimen Thailand pilih Perdana Menteri baharu esok

Parlimen Thailand akan bersidang pada Jumaat ini bagi mengadakan mesyuarat khas memilih perdana menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin pada Rabu.


5. Pencipta biskut Famous Amos meninggal dunia pada usia 88 tahun

"Famous Amos adalah kisah kejayaan besar Amerika dan sumber kebanggaan bagi masyarakat kulit hitam."


6. Cisco akan kurangkan 7 peratus tenaga kerja globalnya

Langkah mengurangkan kakitangan itu dijangka melibatkan kos pra-cukai sehingga AS$1 bilion.


7. WHO isytihar mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global

Ini merupakan pengisytiharan kali kedua dalam tempoh dua tahun berikutan wabak yang bermula di Congo sudah merebak ke negara jiran.


8. Turkiye akan terus tingkatkan tekanan ke atas Israel - Presiden Erdogan

Erdogan maklumkan kepada Presiden Mahmoud Abbas, Turkiye akan terus sokong perjuangan Palestin.


9. Bekas pemimpin Bangladesh, Hasina didakwa lakukan genosid

Sheikh Hasina didakwa melakukan "genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan" semasa beberapa minggu protes ganas yang mengakibatkan ratusan orang terbunuh.


10. Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.