ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 September 2022.
1. PM Ismail Sabri ucap selamat Hari Malaysia, mahu sambutan jadi pemangkin perpaduan rakyat
Perdana Menteri mendoakan supaya Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara serta Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.
2. Kapal LCS: Tarikh penghantaran bercanggah, siapa bercakap benar? Soal Syed Saddiq
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar menyatakan tarikh sebenar penghantaran kapal tempur pesisir (LCS) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
3. Agong, Raja Permaisuri berangkat ke UK beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II
Lawatan khas Al-Sultan Abdullah bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
4. Bayaran BKM Fasa 3, rayuan mulai 20 September ini - Ismail Sabri
Pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.
5. Tiga maut, motosikal bergesel sebelum dilanggar bas ekspres
Tiga lelaki pekerja ladang maut dan seorang wanita parah selepas dua motosikal yang ditunggang mereka bergesel dan tumbang sebelum dilanggar sebuah bas ekspres di Jalan Julau, Batu 12, Bintangor.
6. Pesara tembak isteri sebelum tembak diri sendiri
Seorang warga emas bertindak menembak mati isterinya sebelum menembak dirinya sendiri dalam satu kejadian di belakang rumah pasangan itu di Kampung Labu, Jerantut.
7. Mendiang Samy Vellu selamat disemadikan
Jasad bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu selamat disemadikan di Krematorium Jalan Kuari, Cheras di sini kira-kira pukul 5.40 petang tadi.
8. Kenyataan Hadi akan diadu kepada kesatuan ulama dunia - Salahuddin
Parti Amanah Negara (Amanah) akan membuat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkenaan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sewenang-wenangnya melabelkan orang lain tidak beriman.
9. Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor
Dua badan bukan kerajaan berkaitan alam sekitar iaitu Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Shah Alam Community Forest Society (SACF) akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pemaju yang menjalankan kerja-kerja tanah di Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah (HSKBC).
10. Hari Malaysia: Pegang nilai Keluarga Malaysia hadapi anasir jahat - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai-nilai Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran harus terus dipegang bagi membina kekuatan dalam menghadapi cabaran dan gelombang arus globalisasi.
Astro Awani
Fri Sep 16 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 September 2022.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Oktober 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 September 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.