ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 November 2021.

1. [LAPOR LANGSUNG] Penghormatan terakhir buat James Jemut Masing

Majlis penghormatan akhir itu akan diadakan di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Laksamana Kuching.

2. Kerajaan akan bina 28,033 unit RKMAT di seluruh negara

Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan melalui Blueprint Perumahan 2.0 sedang melaksanakan perancangan untuk membina 28,033 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di seluruh negara bermula tahun 2021 sehingga tahun 2030.

3. Jadikan menghendap jenayah: Kertas Dasar dibentang ke kabinet Disember ini

Kerajaan memberikan komitmen agar menghendap dijadikan sebagai satu jenayah di Malaysia.

4. Wisma Putra pantau perkembangan kes hukuman mati rakyat Malaysia di Singapura

Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus memantau perkembangan pelaksanaan hukuman mati ke atas tahanan warga Malaysia, Nagaenthran Dhamalingam, di negara itu. 

5. COVID-19: 5,291 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu mengesahkan sejumlah 5,291 lagi kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara sebanyak 2,486,630.

6. Pendakwaan akan fail rayuan terhadap keputusan kes Zulfarhan - Peguam Negara

AGC akan kemuka rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan kesalahan enam penuntut UPNM atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sebelum ini mereka didakwa atas pertuduhan membunuh.

7. Mangsa banjir di Kedah trauma, bimbang air pasang besar sebabkan bah besar berulang 

Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok sehingga 7 November membuatkan kebanyakan mangsa banjir di Kedah bimbang rumah mereka akan ditenggelami air seterusnya menanggung kerugian lebih serius.

8. Agong perkenan Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.

9. Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham

Ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana penggunaan ubat antiparasit itu didapati tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk.

10. Agong perkenan Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.