ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 September 2021.
1. COVID-19: Enggan divaksinasi sukarkan langkah buka semula masjid - Exco Selangor
Keengganan segelintir masyarakat Islam menerima vaksin COVID-19 menyukarkan pihak berkuasa membenarkan pembukaan sepenuhnya masjid-masjid di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud.
2. 9,015 kes keganasan rumah tangga sepanjang PKP - Rina Harun
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh Mac 2020 hingga Ogos 2021.
3. RMK-12 tumpu kebajikan, perlindungan sosial, projek berpaksikan rakyat - Mustapa
Kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat akan lebih menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) susulan pandemik COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
4. Hanya 0.01 kematian dilaporkan libatkan individu lengkap dua dos - Khairy
Hanya 0.01 peratus kematian dilaporkan dalam negara akibat COVID-19, melibatkan individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin, kata Khairy Jamaluddin.
5. Parlimen: 'Sajat sudah ditahan, Jho Low bila lagi?' Soal RSN Rayer
Penahanan Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau Nur Sajat di Thailand baru-baru ini menjadi analogi kepada kes ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kementerian Luar di Dewan Rakyat hari ini.
6. COVID-19: 13,754 kes baharu, Selangor masih tertinggi
Sebanyak 13,754 kes positif baharu dilaporkan pada Khamis menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 2,156,678 kes.
7. KKM tidak lagi guna formula imuniti kelompok, fokus pemberian vaksin - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok berdasarkan capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung COVID-19.
8. Kebenaran taman tema hiburan keluarga dijangka diumum dalam tempoh terdekat - Nancy
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia selari dengan pengumuman kerajaan untuk membenarkan rentas negeri setelah 90 peratus kadar vaksinasi dewasa dicapai.
9. Kerajaan laksana NJCSP sasar wujud 500,000 peluang pekerjaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu akan disokong lima pasukan petugas khas di bawah Majlis Pekerjaan Negara (NEC).
10. Dewan Rakyat lulus Usul Junjung Kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan Persidangan Parlimen pada 13 September lepas, dengan undian suara majoriti.
Astro Awani
Thu Sep 23 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 September 2021.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Oktober 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.