ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Oktober 2024.


1. Malaysia kutuk kekejaman berterusan Israel di Gaza

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan biadab dan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel ke atas Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir el-Balah dan pengepungan haram di kem Pelarian Jabalia.



2. Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza

Susulan siri serangan ganas tidak berperikemanusiaan dilakukan rejim Zionis di utara Gaza, situasi di hospital kawasan itu kini berada dalam keadaan genting.


3. Datuk Bandar antara 6 terbunuh serangan Israel di selatan Lubnan

Datuk Bandar Nabatieh terbunuh bersama lima yang lain dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, menurut dua sumber keselamatan.


4. UK gesa Israel benarkan bantuan masuk ke Gaza

United Kingdom (UK) menggesa Israel untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza dan patuh kepada undang-undang antarabangsa.


5. Mesir seru tindakan 'segera dan tegas' untuk hentikan serangan Israel ke atas Gaza

Mesir pada Rabu menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil "tindakan segera dan tegas" bagi menghentikan serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.


6. Lebih 100 maut dalam letupan lori tangki minyak di Nigeria

Angka kematian akibat letupan lori tangki minyak di negeri utara Nigeria, Jigawa, awal minggu ini melebihi 100 orang, kata jurucakap Presiden Nigeria Bola Tinubu, Rabu.


7. Kerajaan India luluskan kenaikan gaji penjawat awam di tengah kenaikan harga barang

Hampir 4.92 juta penjawat awam India pada Rabu menerima kenaikan gaji sebanyak tiga peratus melalui elaun sara hidup (DA) sebagai pampasan terhadap kenaikan harga barang.


8. Prabowo anjur pemukiman untuk calon anggota Kabinet 2024-2029

Presiden terpilih Prabowo Subianto mengadakan sesi pemukiman bersama sejumlah calon bakal menteri, timbalan menteri dan ketua agensi setaraf menteri di Jawa Barat.


9. Vietnam muncul negara paling menyerlah untuk perniagaan

Vietnam telah diiktiraf sebagai negara yang paling menyerlah untuk perniagaan sejak dua dekad yang lepas, menurut Kedudukan Persekitaran Perniagaan Unit Risikan Ekonomi (EIU), lapor Xinhua memetik laporan Berita Vietnam.


10. Bekas ahli One Direction, Liam Payne ditemui maut jatuh dari tingkat tiga hotel

Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan maut di sebuah hotel di Buenos Aires, ibu negara Argentina, pada Rabu waktu tempatan.