Susulan serangan itu, anggota kecemasan memeriksa kerosakan di lokasi dengan melakukan pemeriksaan di atas runtuhan di sepanjang jalan raya berhampiran bangunan.
Dalam perkembangan sama, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, Israel dan Lubnan telah menerima perjanjian gencatan senjata untuk menamatkan pertempuran dengan pasukan pejuang Hezbollah.
Perjanjian itu, kata beliau, akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan sudah bersedia melaksanakan perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan dan akan memberi tindak balas tegas terhadap sebarang pelanggaran oleh kumpulan Hezbollah yang disokong Iran.
Netanyahu berkata, beliau akan membentangkan perjanjian gencatan senjata itu kepada Kabinet pada Rabu, sementara stesen televisyen Israel melaporkan Kabinet keselamatan yang terhad telah meluluskan perjanjian tersebut sebelum ini.